10/12/09

Contraction Part 1...

Nak cerita sket... Sebenarnya semalam malam Yan dah mula sakit / kontraksi.. tapi , tak berapa kuat sangat lagi... Mr. Hubby dah mula resah gelisah... biasalah.. die kan suka buat sesuatu dengan perancangan.. kalau Yan dah mula muka cemek-cemek kesakitan tu die pun dah fikir macam macam.. Kesian pulak.. Tapi Yan nak kasi die relax sket, Yan bagitaula.. Ni sakit tipu-tipu je.. lum nak bersalin lagi.. Nanti kalau dah keluar tanda-tanda macam cecair / lendir / darah baru la boleh g klinik dan urus ape yg patut.. Emm.. sakit tu sentiasa berterusan.. tapi Yan masih boleh tidur lagi.. Yang kelakarnya, pagi tadi, Yan kejut Mr. Hubby untuk g keje... Die punya bangun.. macam orang terkejut, Yan pun terkejut tengok... Hahaha... Geli hati pulak.. Macam nak bersalin anak pertama... Relax Pa, masanya akan tiba...

Emm.. pagi ni hingga sekarang, adela sekali sekala baby mengeras dan rasa menegang.. Anyway, for this time (dah no. 3 kan..) Yan rasa, Yan perlu lebih relax.. tak payah kelam kabut. Sebab dah tau dah sakitnya macam mana.. Kalau Ammar dulu, Yan boleh tak perasan yang Yan ni dah mula kontraksi.. tapi kali ni, Yan dah tau dah.. Yan sempat siapkan minit mesyuarat yg baru je minggu lepas meetingnya.. dan kalau petang ni Yan lum keluar tanda lagi, Yan nak siapkan dokumen-dokumen yang lain..

Sebenarnya tak berapa suka kawan-kawan pejabat rasa terbeban dengan kerja-kerja Yan yang tinggal... Tu yang sebolehnya Yan cuba buat mana yang sempat... harap-harap kepada kawan yang terpaksa tanggung tugas Yan nanti, tak rasa susah dan marah ye...

2 comments:

Unknown said...

dah tau dah sakitnya macam mana
aku pula yg terasa-rasa suasana kelam-kabutnya yan.

YAN said...

hehe...ko pun macam Yasin gak?