11/12/09

Baru 25 hari..

Baru 25 hari , Yan dah tak senang duduk... mula la fikir nak buat itu ini.. Ye.. Yan seorg yang tak boleh duduk diam2 dalam waktu yang lama. 40 /44 hari tu angka yang banyak.. sebenarnya Yan takde pun duduk aje tak buat pape..
Hari ke 6 Yan dah mandikan Asyraf. Ntah hari keberapa Yan dah mula masak lauk sendiri. masak nasik, lagi awal.. sidai baju, basuh baju (pakai mesin ) bukan tunjuk kuat... tapi kesian kat Mr. Hubby.. terkejar-kejar nak buat semua. Masa awal-awal (masa Mr. Hubby masih dalam cuti 7 hari) tu okayla nk harap kat die.. bila dah mula keje, Yan buat la sikit-sikit..
Sekarang ni dok memikir nak ngemas almari baju tu.. Yela.. nak simpan baju2 preggy semua masuk kotak balik.. Nanti dah nak keje baru nak terhegeh-hegeh mengemas, mesti penat.. Tapi, tu la.. Asyraf ni suka sangat nak berkepit.. nak wat keje pun selalu cepat-cepat mane sempat...
Pastu kengkadang tekak teringin nak makan kek coklat.. bila beli brownies kat SR, tak menepati citarasa lak.. Kukus tu dah melambai je .. tepung2 tu pun dah mengetuk-ngetuk dari dalam almari.. argh.. kalau bagitau kat Mr. Hubby, mesti die dok geleng je..
Tapi Yan tau, Mr. Hubby dah mula rindu ikan bilis goreng kicap ngan cili Yan..
Baru 25 hari tak tido dengan Ammar, die pun dah tau rindu.. dan selalu menceroboh bilik Yan dan tido sekatil ngan Yan dan Asyraf...
Baru 25 hari, Yan dah rasa tak senang hati tengok bilik air tak berberus.. (2 minggu sekali helper basuh)
Baru 25 hari, Yan dah tak senang duduk mengadap tv dan curi-curi keluar ke pekan.. (with Mr. Hubby)
Baru 25 hari, Yan dah rasa macam dalam bulan puasa.. pasal tak bole makan itu ini..
Tapi...

5 comments:

chugie said...

yan..tunggu ker habis pantang.. bahaya tau.. skang memang x rasa, nanti dh tua..baru hang tau! hehehe:D

fuadnis said...

yan..
aku pun langgar pantang gakle... tak sampai 2 mggu dah jalan merata,buat keje mcm2 tp yg ringan2la..hik..hik..tak tahan woo...

Frida[norm] said...

sabarr yan.. Bilik air tu tak yah la ko berus yan. Biar helper buat (aku xtau siapa..).

Memang serabut tgk keadaan rumah kurang memuaskan, buat sikit2, jgn yg memenatkn badan dn peningkan kepala.

Buat kek? Ada mixer...biar mixer je bancuh. Hahaha

Frida[norm] said...

semangat org berpantang anak ke 3 ni lain ya?

YAN said...

Yer, suzi, aku skrg ni tgh bawak banyak bersabo..

Anis,
pasal takde orang larang kan?

Normi,
Helper tu orang indon yang dtg 2 minggu 1 kali untuk wat keje kat umah ni... bayar ikut jam..nak amik maid, dah serik..
bukan semangat berpantang anak ke 3, ni semangat org berpantang takde 'orang tua'...