7/29/09

Tentang Mama - 29/07/2009

Buat kawan-kawan yang mengikuti perkembangan tentang Mama, terbaru Yan diberitahu, Mama tak jadi dibedah buat kali keDUA.. Sebelum ni Mama pun pernah diarahkan berpuasa dan duduk di wad tapi pembedahan tidak dapat dibuat kerana katil di wad ICU penuh.. Bila Yan dapat tahu je pagi tadi, Yan tak tahu gambarkan perasaan.. Apapun mungkin ada hikmah disebalik kejadian-kejadian ini.. Yan tak putus-putus doa semoga Allah memberikan yang TERBAIK untuk Mama.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa bersama Yan..Mungkin ini adalah yang TERBAIK buat masa ini..
"Sayangilah ibu kita sebagai mana mereka amat menyayangi kita.. Dan semoga Allah menyayangi Ibu kita sebagaimana Ibu kita menyayangi kita"

7/28/09

Tentang Mama - Terkini

Hari ni Mama dah masuk wad kat HUKM .. Kalau kalian ingat lagi, ini adalah rawatan susulan hasil kajian doktor pakar.. InsyaAllah esok Mama akan buat pembedahan .. Pembedahan tu bertujuan untuk membuat / memberi laluan dalam urat di bahagian otak Mama yang hampir tersumbat tu..
Yan takut.. Teringat yang bukan-bukan.. sebenarnya situasinya sama dengan Allahyarham Yasmin.. Cuma Yasmin mungkin lambat mengesan penyakitnya.. Apapun Yan harap, pembedahan itu akan berjaya.. TOLONG DOAKAN MAMA YAN..

Kalau dah hobi...


Hujung minggu lepas... Mengemas bilik baju.. Owh yer... Yan dan Mr. Hubby ade satu bilik khas.. hanya baju.. Bila kemas punya kemas .. ceh kemas ke?

Boleh kata semak la.. Yan telah mengumpulkan 11pasang kain untuk ditempah selepas bersalin.. ye, selepas raya ... Gila kan? Biasalah.. Hobi ... Bole ke jawab camtu? Ade kain cotton, viscose, chinese silk, dan terbaru kain chiffon.. Idea fashion? Tengoklah dulu.. Perubahan bentuk badan lepas berpantang.. Hehehe.. Nak selamat, wat baju kurung ngan jubah je..

Seblum ni, Yan dah ade 2 kotak plastik (saiz besar) yg memuatkan baju-baju kurung dan kebaya & etc.. Yan dah masuk kotak.. pasal dalam almari Yan sekarang, Yan gantung baju-baju pregnant dan yang boleh muat buat masa sekrg..

Apela perangai... Hobi... Ceh...

7/22/09

Persediaan Yan (3 bulan lagi)

Isnin lepas gak Yan buat monthly check up.. Yan ok, berat dah naik, Hb pun ok 11.3 .. Takde kencing manis... Alhamdulillah.. Cuma...
My baby masih suka berdamping dengan urinya.. kalau last month uri tu dah naik, tapi kali ni, uri tu turun balik...Em.. ade 2 bulan lagi untuk tau samada Yan boleh bersalin normal or tak..

Semua yang bakal melahirkan pasti berharap dapat melahirkan secara normal.. Yela.. penjagaan selepas bersalin tu, taklah susah sangat.. Sakitnya pun, tak lama sangat..Itu pendapat Yan.. Tapi kalau keadaan tidak mengizinkan, Yan kenelah terima... Doa Yan tak putus-putus untuk ini...
Emm.. memandangkan keadaan kesihatan Mama yang tak begitu mengizinkan, Yan dah mula buat persediaan untuk berpantang di rumah sendiri.. dan pasti dengan bantuan Mr. Hubby.. MaPa, Yan tak dapat nak harap apa-apa.. Cubalah apa yang boleh..


Kalau ikutkan, Yan jenis yang tak berapa berpantang.. cuma dalam waktu 1-2 minggu (bergantung cepat atau lambatnya luka jahitan Yan baik..) Yan agak tertekan sikit.. Lepas tu, (bila dah baik) Yan dah ok.. tapi surelah berbengkung (paling lama 1 bulan) .. 2 kali Yan berpantang sebelum ni, Mama yang jaga.. Tang makan minum la.. mandikan baby, nampaknya kali ni, Mr. Hubbylah yang kene wat..Takpela.. Yan tak cerewet tang makan.. Cukup ade nasik ngan ikan bilis goreng dan sayur sawi masak air.. hari-hari pun Yan sanggup je makan lauk tu.. dan kali ni Yan kene la carik Pati Ikan Haruan..

Untuk berurut pulak, Yan dah bagitau awal-awal kat kakak yang selalu urut Yan tu (tukang urut komersial).. Kali ni, Yan cari tukang urut yang boleh datang rumah.. Dulu Yan menggunakan khidmat tukang urut kampung .. Duduk kat Sg. Kelambu, kesian Papa bergilir dengan Abah untuk amik dan hantar Wak tu..Sekarang pun Wak dah tak boleh mengurut sangat... Wak penah kene Chikukunya.. Badan dah tak kuat.. Lagipun Wak dah tua.. Biarlah die berehat..

Yan gak dah hampir siap mengemas bilik Berpantang.. Haha.. Manela bole tido sekatil dengan 2 hero tu.. Walaupun katil-katil sediada kat dalam master bedroom tu dah besar... (jenis queen) tapi melalui pemerhatian Yan, budak-budak tu tidur sangat lasak... Nanti habis adik diorg kene hempap.. Yang Ammar pulak jenis menjeles.. kengkadang bolehla pulak die bangun mencarik ketiak orang...takpun berhimpit dengan Im dan Papanya.. Tak dapat dibayangkan kalau diorang tido dengan baby nanti... Ish.. tak payah bayangkanlah... Jadi biar diorang tido ngan Mr. Hubby.. Gambar bilik, nanti bila dah siap semua, baru Yan kasi tunjuk okay..

New Baby Girl - Anis

Tahniah kepada kawan kita Cikgu Anis.. yang telah selamat melahirkan baby girl 16 Julai 2009 yang lepas... Sempatla ko berpuasa Nis oii... Jeles woo... die dah ade sepasang...
Menyusul selepas ini Zora, Ary dan baru Yan kot... InsyaAllah..

Harry Porter Half Blood Prince


Hehe... Itu muka mak pak yang mengambil cuti untuk menonton Harry Porter hari Isnin baru-baru ni.. Sebenarnya Yan tak berapa minat tengok cerita Harry Porter, tapi setelah 4 tahun hidup bersama En. Yasin, banyak gak perubahan yang berlaku.. Banyak gak kami berkongsi minat yang sama.. Memula terpaksa rela, dan akhirnya rela.. Hahaha... Itulah salah satu maksud perkahwinan.. perkongsian ..
Eh.. tadi macam nak cerita pasal Harry Porter kan? Emmm... komen Yan, kali ni, macam tak berapa best.. endingnya kot.. korang tengoklah sendiri... muahaha.. tapi yang pasti, Yan akan carik DVD koleksi cerita Harry Porter dari No.1 hingga No.5 .. Macam Yan carik cerita LOTR dan SAW ..
Apasal tak bawak anak-anak? Em.. cerita ni perlukan tumpuan .. jadik Yan tak naklah anak-anak Yan mencuri tumpuan pulak.. dahlah masa bawak diorg g tengok Ice Age 3 tu, si Ammar bukannya tengok screen, die tengok orang belakang... Ish..payah ni..

7/16/09

Apakah?

Kenapa Yan selalu rasa panas hati dengan Imran? Mr. Hubby pun selalu tanya soalan ni... Dan Yan akan jawab dengan jawapan yang sama setiap kali... Tapi, kadang-kadang, Yan sabarkan jugak hati .. dengan membiarkan sahaja apa-apa perlakuannya yang ... tak boleh Yan terima.. Tapi hati Yan akan jadi sakit sangat... Tak taulah apa yang anda, anda dan anda semua buat sekiranya ,...
1) Baru sahaja masuk dalam kereta , (sepulangnya dari taska) anda telah dihujani dengan berbagai permintaan.. nak tu nak ini..
2) Bila dah turuti kehendaknya, die berkehendakkan yang lain pula..(yang pertama tadi dah tak nak pulak...)
3) Sedang sibuk menguruskan hal lain, anak anda terjerit-jerit... cuma untuk memaklumkan cerita kegemarannya sedang disiarkan... (owh, die takkan berhenti sehingga orang yang dipanggil tidak menyahut atau Yan akan menjerit balik dalam nada yang hampir hilang suara)
4) Cuba bergurau dengan adiknya yang ganas.. dan setelah tewas, melalak pulak..
5) Suka menyampuk semasa orang tua sedang bercakap dengan nada yang menyakitkan telinga
6) Anak anda sangat keras hati
dan last sekali buat masa ini, bila Suami anda...
berkata "Die kecik lagi, tak faham ...."
Yan mengalami semua perkara di atas setiap hari... dan berakhir dengan Imran yang menangis dan Yan menjauhkan diri daripada mereka bertiga ...

7/13/09

Cerita Sabtu Lepas 11072009

Alkisahnya ... nak buat kek lapis hawflakes ni... Yan tak perasan, pewarna hijau yang Yan sangka ada kat rumah, rupa-rupanya perisa pandan.. Yang ado warna kuning.. Warna pink tu pun sebenarnya emulco..(perasa strawberi).. Hahaha.. layan jela.. lagipun ni baru percubaan pertama.. ade kesilapan teknikal sket kat lapisan pertama dan kedua.. Dan sebagai bukti, bila dah potong, Yan wat lapisamn 1 & 2 tu sebenarnya warna pink dan putih...
Pembuatannya agak memenatkan.. patutlah orang jual kek lapis selalunya mahal.. Emm.. mangsa yg kene rasa hasilnya adalah Mama.. Ini pendapat Yan ...
1) Kalau tambah sikit serbuk kayu manis, okay kot..
2) Mama kata plak, terlebih tepung?
3) Mama suruh Yan try buat cara bakar..
Okay, next time, bila ada masa (bila takde pembantu-pembantu cilik tu) Yan try ubah2 sket..
Emm.. nak jadi cerita, masa nak bukak penutup serbuk koko ni guna gunting, Yan tergores jari.. Apa lagi cemas la kejap.. Bukan apa, Mr. Hubby masih enak beradu bersama Ammar.. jerit banyak kali dari dapur pun takkan sedar punya.. Selama beberapa minit Yan dok alirkan air kat jari.. fikir2 balik, amik je la kain buruk yg ade kat sinki dan tekap jari tu... Lari2 g bilik kejut Mr. Hubby.. Cemas woo.. Yan dah dapat capai minyak gamat.. Nak mintak Mr. Hubby carik handyplast.. Rupanya die carik minyak gamat gak... Lor.. Tapi sempat gaklah die pesan supaya Yan tinggikan luka daripada paras jantung... Yan pun curah sendiri minyak gamat tu kat luka... Lama sangat tunggu, Yan pun tanyala ... Rupanya die carik minyak... Adoiya.. orang dah amikla...Handyplast tu pulak, bila carik, mesti tak jumpa.. Lastly tengok darah tak keluar sangat lepas letak minyak, Yan tekap pakai tisu jer... Mr. Hubby dan Ammar terus keluar g beli sarapan ngan handyplast...
Yan nak buat kek untuk Imran bawak bekal ke sekolah.. kek ape lagi.. Kek Hitam Manis Kukus lah... Yan teruskan gak wat kek sebab dah setengah jalan..Yela.. tinggal nak ayak koko je pun pastu campur ngan adunan yang lain..Nasib baik tak masuk darah Yan kat dalam adunan tu, kalau tak, jadik Raja Bersiung la pulak sape yang makan... Hehhe..


Minyak Gamat Langkawi yang berjasa...
Nilah rupa luka nya... Dalam gak wooo... sampai sekarang masih pedih kalau kene air... jadik poyo sket la bila makan, guna sudu garfu...





7/6/09

Alahai anak-anak ku

Budak ni batuk
Budak ni demam selsema dan batuk

Adoi... Mama nye tak senang tidur.. Dahlah nak bagi makan ubat punya lah payah.. Macam nak runtuh rumah di jeritnya... Hari Jumaat lepas lagi Yan perasan meleleh dah hingus si Ammar.. Beberapa hari sebelum tu pulak nampak ade salah sorang budak taska yang selsema.. Em.. Sahlah tu .. berjangkit dah.. Kesian Ammar.. tak cukup antibodi kot.. Pasal die cuma menyusu badan 1 bulan jer.. Kesian kan? Bersalah sungguh rasanya..
Kepada ibu-ibu diluar sana.. SUSU IBU adalah terbaik..



Mengidam La Pulak...


Yan teringin makan nangka madu.. Hari tu Mr. Hubby dapat carikan ... tapi, nak lagi... tolong..