7/16/09

Apakah?

Kenapa Yan selalu rasa panas hati dengan Imran? Mr. Hubby pun selalu tanya soalan ni... Dan Yan akan jawab dengan jawapan yang sama setiap kali... Tapi, kadang-kadang, Yan sabarkan jugak hati .. dengan membiarkan sahaja apa-apa perlakuannya yang ... tak boleh Yan terima.. Tapi hati Yan akan jadi sakit sangat... Tak taulah apa yang anda, anda dan anda semua buat sekiranya ,...
1) Baru sahaja masuk dalam kereta , (sepulangnya dari taska) anda telah dihujani dengan berbagai permintaan.. nak tu nak ini..
2) Bila dah turuti kehendaknya, die berkehendakkan yang lain pula..(yang pertama tadi dah tak nak pulak...)
3) Sedang sibuk menguruskan hal lain, anak anda terjerit-jerit... cuma untuk memaklumkan cerita kegemarannya sedang disiarkan... (owh, die takkan berhenti sehingga orang yang dipanggil tidak menyahut atau Yan akan menjerit balik dalam nada yang hampir hilang suara)
4) Cuba bergurau dengan adiknya yang ganas.. dan setelah tewas, melalak pulak..
5) Suka menyampuk semasa orang tua sedang bercakap dengan nada yang menyakitkan telinga
6) Anak anda sangat keras hati
dan last sekali buat masa ini, bila Suami anda...
berkata "Die kecik lagi, tak faham ...."
Yan mengalami semua perkara di atas setiap hari... dan berakhir dengan Imran yang menangis dan Yan menjauhkan diri daripada mereka bertiga ...

1 comments:

Cikja said...

salam Yan

satu perkataan jer yang saya bleh bagitau...imran nak kan perhatian...

Pengalaman saya sendiri lebih kurang yan jugak..memang menguji kesabaran..

tapikan kalau kita tengok muka anak2 time tido...sayu jer hatikan lagi-lagi bila teringat kita marah atau pukul dia.