7/22/09

Persediaan Yan (3 bulan lagi)

Isnin lepas gak Yan buat monthly check up.. Yan ok, berat dah naik, Hb pun ok 11.3 .. Takde kencing manis... Alhamdulillah.. Cuma...
My baby masih suka berdamping dengan urinya.. kalau last month uri tu dah naik, tapi kali ni, uri tu turun balik...Em.. ade 2 bulan lagi untuk tau samada Yan boleh bersalin normal or tak..

Semua yang bakal melahirkan pasti berharap dapat melahirkan secara normal.. Yela.. penjagaan selepas bersalin tu, taklah susah sangat.. Sakitnya pun, tak lama sangat..Itu pendapat Yan.. Tapi kalau keadaan tidak mengizinkan, Yan kenelah terima... Doa Yan tak putus-putus untuk ini...
Emm.. memandangkan keadaan kesihatan Mama yang tak begitu mengizinkan, Yan dah mula buat persediaan untuk berpantang di rumah sendiri.. dan pasti dengan bantuan Mr. Hubby.. MaPa, Yan tak dapat nak harap apa-apa.. Cubalah apa yang boleh..


Kalau ikutkan, Yan jenis yang tak berapa berpantang.. cuma dalam waktu 1-2 minggu (bergantung cepat atau lambatnya luka jahitan Yan baik..) Yan agak tertekan sikit.. Lepas tu, (bila dah baik) Yan dah ok.. tapi surelah berbengkung (paling lama 1 bulan) .. 2 kali Yan berpantang sebelum ni, Mama yang jaga.. Tang makan minum la.. mandikan baby, nampaknya kali ni, Mr. Hubbylah yang kene wat..Takpela.. Yan tak cerewet tang makan.. Cukup ade nasik ngan ikan bilis goreng dan sayur sawi masak air.. hari-hari pun Yan sanggup je makan lauk tu.. dan kali ni Yan kene la carik Pati Ikan Haruan..

Untuk berurut pulak, Yan dah bagitau awal-awal kat kakak yang selalu urut Yan tu (tukang urut komersial).. Kali ni, Yan cari tukang urut yang boleh datang rumah.. Dulu Yan menggunakan khidmat tukang urut kampung .. Duduk kat Sg. Kelambu, kesian Papa bergilir dengan Abah untuk amik dan hantar Wak tu..Sekarang pun Wak dah tak boleh mengurut sangat... Wak penah kene Chikukunya.. Badan dah tak kuat.. Lagipun Wak dah tua.. Biarlah die berehat..

Yan gak dah hampir siap mengemas bilik Berpantang.. Haha.. Manela bole tido sekatil dengan 2 hero tu.. Walaupun katil-katil sediada kat dalam master bedroom tu dah besar... (jenis queen) tapi melalui pemerhatian Yan, budak-budak tu tidur sangat lasak... Nanti habis adik diorg kene hempap.. Yang Ammar pulak jenis menjeles.. kengkadang bolehla pulak die bangun mencarik ketiak orang...takpun berhimpit dengan Im dan Papanya.. Tak dapat dibayangkan kalau diorang tido dengan baby nanti... Ish.. tak payah bayangkanlah... Jadi biar diorang tido ngan Mr. Hubby.. Gambar bilik, nanti bila dah siap semua, baru Yan kasi tunjuk okay..

3 comments:

b4r1n4 said...

take care Yan..aku doakan semuanya selamat, insya Allah.

fuadnis said...

mesti bleh yan..aku pun bpantang kat umah mentua seminggu jek..pastu dah balik umah sdiri..umah sdiri lagik selesa..bukan susah pun klu hubby nak jaga kita dlm pantang..asalkan dia ringan tulang okayla..

watie said...

semoga semuanya selamat.. amin