Kita cerita pasal produk yang Yan akan guna sepanjang berpantang nanti.. Saje nak cuba Leesa.. sebab Yan dah dapatkan feed back daripada kawan-kawan yang breastfeed anak-anak diorg, Leesa formula ni takde bagi effect pada baby.. Kalau dulu, Yan makan Mustika Ratu.. Apapun keberkesanan sesuatu produk bergantung pada penggunanya juga.. Cuma harapan Yan, semuanya akan baik-baik sahaja..
Tak ketinggalan juga disamping Leesa, Yan sebenarnya ambil Salindah.. sejak minggu ke 12 lagi.. dan akan terus juga mengambilnya sehingga habis pantang.. (Yan memang amik full set) Semua anak-anak Yan, Yan memang makan Salindah... Sorry, gambar takde .. tapi korang sume pun tau macam mane rupanya kan.. ubatnye manis je.. kemam dan telan.. cuma lepas bersalin die ade tonik.. (cecair) tapi pun takdela teruk rasanya.. okay je..
Selain daripada jamu-jamu tu.. untuk luka jahitan, Yan amalkan lepas buang air, keringkan, dan tekap pula dengan air garam (guna kapas) pastu sapu pulak dengan jel gamat.. insyaAllah.. dalam 1 minggu jahitan dah bercantum..
Untuk bengkung, sebelum-sebelum ni Yan sapu perut dengan Minyak Herbanika (Nona Roguy) pastu baru lilit bengkung.. Tapi , kali ni Yan nak cuba produk baru yang lebih mudah iaitu gel sireh dan bengkung moden.. Yan dapatkan produk ni melalui online... belum sampai lagi.. Nanti kalau dah sampai, Yan upload gambarnya ye.. Okay.. Rasanya setakat tu je dulu update untuk produk pilihan Yan semasa mengandung dan berpantang...
0 comments:
Post a Comment