3/14/10

cotton exclusive

Ini adalah entry sticky mode---- sila scroll ke bawah untuk entry terbaru



Okay, boleh dikatakan semua cotton embroidery telah habis dijual.. Alhamdulillah ... thanks a lot kepada kawan-kawan yang sudi membeli... Di sini masih ada lagi cotton exclusive yang cantik-cantik dan sudah pasti lembut materialnya.. So, enjoy melihat pilihan-pilihan kain di sini .. sebarang pertanyaan boleh terus diajukan di bahagian comment, chat box kat tepi tu or email pada Yan di hunnybunny2707@yahoo.com

C001 - RM 200 / 3.5M / lerang 60"

C013 - RM200 / 3.5M / Lerang 60"

C014 - RM 200 / 3.5M / Lerang 60"

C015 - RM200 / 3.5M / Lerang 60"
C016 - RM200 / 3.5M / Lerang 60"

C018 - RM160 / 3.5M / Lerang 60"

B001 - RM140 / 4M
B008 - RM200
A007 - RM200



3/10/10

I-City Shah Alam

suke sangat sengih macam tu... dahla mata tu sepet..
Panda

Hehehehe...

Adoi.. semangat si Ammar ni..

verangan ... saya sudah tembam..

3 stoogers...

me with my sista

cantikkan?...

ramainya la manusia...

"mama, sudahlah tu, dah ngantuk ni..."

Last last....hehehe

Last Friday kami ke Shah Alam.. Saje jenjalan kat I-City.. Sebab tengok gambar Pn. Dell cantik bangat gamaknya lampu-lampu tu... Jadi nak memuaskan hati, kami pun menjebakkan diri ke sana... Owh tak lupa, kami bawak my sista sekali.. Imran? Emmm die tu kalau dh kene kidnap ngan my kakak, sure tak mo balik punye.. melepasla ko bang...
* sorry kalau gambar tu tak berapa menarik.. i guna camera biasa jork..

3/9/10

Manusia berubah

Hari ni Yan jumpa seseorang.. perwatakan nya sangat berbeza dengan apa yang pernah Yan dengar cerita tentang dia sebelum-sebelum ini.. die .. sangat mesra .. okay... maybe die dah berubah kot.. daripada seorang yang berlagak bagus (poyo) kepada yang very friendly.. people change.. good good .. siapa die? RAHSIA...

3/8/10

Medela Freestyle

Yan perlukan pendapat kawan-kawan bf mom... rasanya bagus ke kalau Yan nak beli breast pump medela freestyle ..? ala yang tak payah pegang tu... please bg feedback ye....

kekesalan saya...

Yan terdetik untuk membeli majalah ANIS... sebenarnya minat dengan tajuk-tajuk utamanya.. dan sebenarnya hati ini risaukan sikap diri sendiri dan orang terdekat. Setelah membaca artikel ini, Yan rasa, Yan dah melakukan banyak kesilapan... selama hampir 5 tahun bergelar isteri.. Ya Allah ampun kan hamba mu ini.. mari berkongsi apa yg Yan dah baca....
PESANAN UNTUK ISTERI
" GURU pertama seorang anak adalah IBU. IBU kena tunjuk contoh baik sebab ALLAH telah mengangkat martabat kemuliaanibu tiga kali ganda. Andai berlaku dilema memudaratkan dalam rumah tangga yang memerlukan anak memilih antara ibu dan ayah, ibarat bidalan, " diluah mati emak, ditelan mati bapa, " maka telanlah bapa. Muliakan ibu
Buat apa yang kita mampu buat yang tebaik terhadap pasangan. Kena yakin kita adalah pasangan ideal yang Allah tentukan jodoh.
Jangan cakap kasar dengan suami walau kita tahu suami memang bersalah. Pantang orang lelaki dikasari.
Dalam mengingatkan suami bab solat, kalau takut dia terleka, maka cakaplah dengan lembut. Pesan secara positif. Pujuk SEKALI sahaja. Contoh, "Yang, dah maghrib tu... " Tak payah ulang-ulang lagi. Kerja isteri teruskan berDOA.
Untuk SUAMI berubah jadi BAIK, ISTERI kene BERUBAH jadi baik dulu luar dan dalam. Suami lambat laun akan perasan dan ikut berubah.
Untuk dapat ANAK SOLEH, fokus pada pembentukan diri anak, JANGAN kaitkan KELEMAHAN anak dengan perangai BURUK SUAMI. Ini akan jadi hijab (halangan) ke arah pembentukan peribadi dan kecemerlangan anak.
Jangan sibuk cari KESALAHAN SUAMI. FOKUS mencari KEBAIKAN yang telah dibuat sebanyak-banyaknya. Kata Sayidina Ali r.a, " Kalau orang sibuk membetulkan kasilapan diri, dia tidak ada masa mencari kesilapan orang lain."
Sesungguhnya Yan dah banyak melakukan kesilapan... saya telah silap memasang niat pada awal perkahwinan ...
1. Saya nak jadi baik.. (tak tinggal solat dan tutup aurat) dengan harapan bakal suami membimbing saya.
2. Minta suami terima saya (perangai) seadanya.. di mana saya banyak perangai buruk yang saya rasa, suami terpaksa terima saya kerana jatuh hati dengan saya...
* Kepada Mr. Hubby, kita jarang dapat bercakap secara serius.. tapi bila kita jadi serius, ....

2/24/10

Lagi Untuk Dijual

B008 - RM200 / 4M
BOO7 - RM300/ 6M - SOLD
B006 - RM200 / 4M

B005 - RM200/ 4M - SOLD

B002 - RM140 / 4M - SOLD

B001 - RM 140 / 4M

B004 - RM 140 / 4M - SOLD

B003 - RM 140 / 4M - SOLD

2/22/10

Untuk Dijual - 100% Cotton



A 001 - RM200 / 4M - SOLD
A 002 - RM200 / 4M - SOLD
A 003 - RM140 / 4M - SOLD
A 004 - RM 200/4M - SOLD
A 005 - RM 200 / 4M - SOLD
A 006 - RM 140 / 4M - SOLD
A 007 - RM 200 / 4M
A008 - RM 140 / 4M - SOLD
A009 - RM 140 / 4M
A010 - RM140 / 4M - SOLD
A 011 - RM140 / 4M - SOLD
A 012 - RM 140 / 4M - SOLD

Kepada kawan-kawan sudi-sudilah kiranya membeli belah bersama Yan.. Setelah puas membeli untuk diri sendiri Yan nak mempelawa kawan-kawan sama-sama juga merasai keselesaan dan kesenangan menguruskan pakaian berasaskan 100% kain kapas.. Untuk permulaan, terdapat 2 jenis kain kapas yang Yan peragakan di sini.. Kepada semua penggemar kain kapas, sudi-sudikanlah PM Yan hunnybunny2707@yahoo.com sekiranya berminat... Okay...
* Thanks pada pembeli-pembeli semua.. seronok berurusan dengan kalian..

2/17/10

Bila gambar berbicara

Sibuk nak borak gak
Tengok gambar pun tau diorang berdua kepoh type..

Erk .. Capture by Imran

By Imran too..
Luv this capture





2/8/10

Asyraf 3 bulan







Nak story sket pasal anakanda Yan yang ke 3 ni.. Lambat bebenor nak update pasal last month punya check up kan? tak kira nak cerita gak perkembangan Asyraf... Berat nya 5.8kg, sudah pandai mengagah orang.. sangat suka senyum, masih menyusu segar dari Mama.. last week 30/01/2010, kami telah mengadakan majlis kesyukuran dan ukur jambul untuk Asyraf di Kanchong.. Erk.. memang tak jemput sesapa pun kecuali ahli keluarga TERdekat... Humangaih walaupun tak jemput ramai, goodies yang kusediakan habis langsai...nasib baik cukup.. Hehehe...

Okay.. kali ni anakanda ku di pegang oleh Abang Khir aka selaku second brother in law yang tua... Dulu Imran dipegang oleh Abang Asan aka abang sulung Mr. Hubby (masa tu Mr. Hubby baru saja mengalami kemalangan motor dan tak boleh dukung Im) for the second , Ammar, baru Mr. Hubby yang pegang.. so, rasanya dah cukup lah kan? Hahahha... (ayat orang nak tutup kilang)

Untuk anak Yan yang ketiga ni, banyak perkara yang kami tak pernah buat tapi kami buat / terpaksa hadapi...Macam masa kelahiran Asyraf, Mr. Hubby dapat tengok sendiri bagaimana Yan sakit sehingga baby keluar.. Dan selepas tu Asyraf kene jaundice.. bukan sekejap tapi prolong jaundice jadi Yan siap kene bermalam di hospital ... Dan setelah majlis cukur jambul, Mr. Hubby berbesar hati nak mencukur keseluruhan rambut Asyraf sampai licin.... Hahahhaa... Dan yang paling membanggakan, (Yan la kan ... org lain tak kot..) Yan masih kuat semangat breastfeed Asyraf.. dan merajinkan diri memerah susu untuk bekalan harian Asyraf... Alhamdulillah... Yan amat berpuashati bila mana setiap kali check up berat Asyraf meningkat dengan baik dan membanggakan.. Dan Yan sudah dapat menyesuaikan diri dengan rutin semasa keluar berjalan or membeli-belah dengan Asyraf yang masih breastfeed ... (kasi susu secukupnya sebelum melangkah keluar kereta dan Asyraf akan kekenyangan dan mamanya boleh memilih barang dengan senang hati... vavavva..)
Terbaru, anak-anak ku diserang batuk... termasuklah si kenit ni.. kesian betul.. Semoga anak-anak Mama cepat sembuh...
O.. Asyraf sangat mudah dijaga.. Dia ala-ala sopan dan manja gitu ngan Yan..Bila berada di rumah, die lebih prefer direct bf botol-botol die bo layan... hehehe... sayang budak mucuk masam tu...