3/8/10

kekesalan saya...

Yan terdetik untuk membeli majalah ANIS... sebenarnya minat dengan tajuk-tajuk utamanya.. dan sebenarnya hati ini risaukan sikap diri sendiri dan orang terdekat. Setelah membaca artikel ini, Yan rasa, Yan dah melakukan banyak kesilapan... selama hampir 5 tahun bergelar isteri.. Ya Allah ampun kan hamba mu ini.. mari berkongsi apa yg Yan dah baca....
PESANAN UNTUK ISTERI
" GURU pertama seorang anak adalah IBU. IBU kena tunjuk contoh baik sebab ALLAH telah mengangkat martabat kemuliaanibu tiga kali ganda. Andai berlaku dilema memudaratkan dalam rumah tangga yang memerlukan anak memilih antara ibu dan ayah, ibarat bidalan, " diluah mati emak, ditelan mati bapa, " maka telanlah bapa. Muliakan ibu
Buat apa yang kita mampu buat yang tebaik terhadap pasangan. Kena yakin kita adalah pasangan ideal yang Allah tentukan jodoh.
Jangan cakap kasar dengan suami walau kita tahu suami memang bersalah. Pantang orang lelaki dikasari.
Dalam mengingatkan suami bab solat, kalau takut dia terleka, maka cakaplah dengan lembut. Pesan secara positif. Pujuk SEKALI sahaja. Contoh, "Yang, dah maghrib tu... " Tak payah ulang-ulang lagi. Kerja isteri teruskan berDOA.
Untuk SUAMI berubah jadi BAIK, ISTERI kene BERUBAH jadi baik dulu luar dan dalam. Suami lambat laun akan perasan dan ikut berubah.
Untuk dapat ANAK SOLEH, fokus pada pembentukan diri anak, JANGAN kaitkan KELEMAHAN anak dengan perangai BURUK SUAMI. Ini akan jadi hijab (halangan) ke arah pembentukan peribadi dan kecemerlangan anak.
Jangan sibuk cari KESALAHAN SUAMI. FOKUS mencari KEBAIKAN yang telah dibuat sebanyak-banyaknya. Kata Sayidina Ali r.a, " Kalau orang sibuk membetulkan kasilapan diri, dia tidak ada masa mencari kesilapan orang lain."
Sesungguhnya Yan dah banyak melakukan kesilapan... saya telah silap memasang niat pada awal perkahwinan ...
1. Saya nak jadi baik.. (tak tinggal solat dan tutup aurat) dengan harapan bakal suami membimbing saya.
2. Minta suami terima saya (perangai) seadanya.. di mana saya banyak perangai buruk yang saya rasa, suami terpaksa terima saya kerana jatuh hati dengan saya...
* Kepada Mr. Hubby, kita jarang dapat bercakap secara serius.. tapi bila kita jadi serius, ....

2 comments:

fuadnis said...

takpe yan..belum terlambat..nispn selalu betulkan diri nis dulu sebelum nis membetulkan suami nis..barulah "objektif" nakkan perubahan tu tercapai..

Unknown said...

a good piece, yan!