4/28/09

Lagi lagi kurang ajar

Yan nak berkongsi cerita (pengalaman) sendiri.. Peristiwa ni berlaku Ahad yang lepas.. di rumah Yan sendiri.. Sebelum bercerita ingin Yan terangkan, rumah yang Yan diami sekarang, kedudukannya betul2 dibelakang Dewan Orang Ramai .. Berhadapan dengan Stadium (seberang jalan) berdekatan dengan sekolah... Menjadi kebiasaan, sekiranya ada function di Dewan, dan Stadium secara serentak, jalan berhadapan rumah Yan akan penuh dengan kereta.. itu Yan dah biasa.. Tak kisahlah nak parking tepian jalan tu... TETAPI yang menyakitkan hati ada manusia telah parking betul-betul dihadapan pintu pagar rumah Yan..Siapa yang tak sakit hati? Cuba anda-anda semua bayangkan rumah kita, dibuat begitu? Apa yang kami buat?
Yan sangat sakit hati, ditambah dengan perut yang lapar, berbagai idea gila yang muncul ..
Mr. Hubby pulak sudah tentu sakit hati, perut juga lapar, dan masih dapat mengawal perasaan.
Kami semua siap2 mandi untuk keluar sarapan ... dengan harapan bila nak keluar nanti, kereta tersebut dah pergi... TETAPI, nampaknya pemilik tersebut mahu menguji kesabaran..
Mr. Hubby start enjin kereta, dan berhenti depan gate.. dan mula menekan hon tanpa henti... Hampir 5 minit perkara ini berlarutan , owh lupa, function di Dewan adalah anjuran satu Parti ... dan di Stadium pula pertubuhan sukarelawan yang pagi2 sudah berkawad...
Bila mendengarkan dan melihat Mr. Hubby berjalan kehulu ke hilir dihadapan rumah, semua tertanya-tanya antara satu sama lain siapakah gerangan pemilik yang kurang kesdaran sivik itu? Kami sudah pasti dia bukan ahli Parti di Dewan berdasarkan kandungan di dalam kereta.. Jadi , pasti pemilik nya ada dikalangan sukarela tersebut... Dan akhirnya dari kejauhan, tampil seorang lelaki bertubuh gempal.. berjalan dengan penuh yakin (macam takde buat salah) terus menghidupkan enjin kereta dan mengubah ke tempat lain...
Mr. Hubby yang diri tercegat kat belakang kereta die tu, die buat macam tak nampak... Apakah mata nya sudah gelap segelap kulitnya? Yang pasti hatinya gelap
Mr. Hubby masih menunggu si polan ni dihadapan rumah.. memang sikap suamiku begitu, takkan biar orang yang dah menyakitkan hatinya pergi begitu sahaja... Paling tidak kene di beri sepatah dua kata..
Si Polan pun datang berjumpa Mr. Hubby...
Dah lah tak minta maaf... Memulakan sesi putar belitnya
Polan : '' I macam kenal u, u orang ...... kan? I kenal u, I potong rambut u masa kecik sampai besar"
Mr. Hubby : " Ye, saya memang orang .... memang u yang potong rambut saya, tapi tolonglah jangan buat macam ni..." (suamiku dah cakap habis control la tu)
Polan : " I nak parking SEKEJAP saja.. Kaki I sakit nak parking jauh.."
Mr. Hubby : "Apapun jangan lah parking depan pintu pagar saya, saya mau keluar pun susah..Macam mane kalau ada kecemasan?"
Polan : bala bla bla (masih memberi alasan.. )
Last-last dah salam..
Mr. Hubby nampaknya seorang yang cool .. bila berhadapan dengan situasi ni.. Kalau ikutkan hati Yan, Yan nak tolak je kete die sampai pagar stadium.. (pagar tu tak jauh.. dlm 4 meter) Lagi2 die tak kunci kete , bole je kalau nak lepas hand break dan tolak... Kalau ikut Mama Yan lagi busuk hati (ampun ma) die suruh kitorang tolak masuk halaman, pastu kunci gate...Miahahaa... Mak ngan anak same je otak gila-gila..
Okay, geram sekejap je sebenarnya tapi gelihati bila Yan ingat balik idea Mama yan dan Yan...
Ha... dan hari ini saya ade sebab untuk bersifat curiga dan lebih berjaga-jaga dengan KAUM PENDATANG ini... Mereka sangat melampau... Kurang ajar dan mencabar hak asasi orang lain... Nak kata takde otak, macam manela die boleh dapat lesen kete kan? Tu maknanya tak nak guna otak...

MELAYU OH MELAYU...

Pagi tadi Yan kene g dengar Taklimat Biro Tata Negara ... Melihatkan tajuk, Yan terasa malas nak pegi... Tapi mengingatkan Mr. Hubby selalu (ada) bercerita tentang semangat patriotisme.. Sikap orang Melayu yang kadangkala tak sedar diri... Sanggup mengkhianati bangsa dan negara sendiri... Itu tak termasuk lagi tentang warganegara yang sebelum ini ASALNYA pendatang tapi SEKARANG (setelah MERDEKA) dilayan sama (mempunyai HAK sama) dalam Negara ini.. Sungguh kurang ajar dan tak sedar diuntung....
Kenapa Yan kata HAK sama? Kerana baru tadi juga Yan diterangkan tentang KONTRAK SOSIAL ... yang dituntut untuk dibubarkan... Dengki dengan hak-hak orang Melayu tidak sedar mereka juga akan melucutkan hak mereka sendiri...
Urgh... Emosi sungguh Yan bila membicarakan tentang ini... Ikutkan hati mahu saja membicarakan perkara-perkara RAHSIA yang Yan simpan sebagai isteri sang ADO dan juga sebagai PENJAWAT KERAJAAN...
Sebelum ini Yan tidak terlalu bersifat perkauman.. Tetapi sekarang (setelah beberapa kejadian dan perkara yg berlaku sekeliling) samada diketahui semua orang atau yang tidak didedahkan, membuatkan Yan sentiasa memandang curiga...
Bangkitlah Wahai Melayu...
Usahlah biar diri anda ditindas...
Sedarlah dari lena dan mimpi...
Usah bersekongkol...
Sedarlah ...
ADA UDANG DISEBALIK BATU..

4/27/09

MERAH KUNING LAMBANG KEJAYAAN...

Sesungguhnya saya berbangga..
Kerana ...
Saya dilahirkan di SELANGOR..
berkerja di SELANGOR ...
Suami juga orang SELANGOR....
Anak-anak saya ,
saya pastikan mereka lahir di SELANGOR...
Alhamdulillah...
SELANGOR menang piala FA ..
Dah berapa tahun tak tengok game bola ... Aler.. kat umah je pun... Sambil baring duduk depan tv .. sampai anak Yan, Ammar tu dah merengek-rengek nak tido.. dah habis bola baru Yan ajak die masuk bilik... kesian.. pandai pulak meraih simpati.. buat2 tak larat nak jalan sendiri... gelihati tengok die... Hubby la kene kelek die.. Bagi sebotol susu, terus pengsan...
Last Yan beria tengok bola masa tu Selangor lawan Sabah.. dah lama sgt.. masa tu sekolah lagi rasanya... Tapi Yan takdela sampai nak tengok kat Stadium.. Malas lah nak berpeluh2 ..
Okay.. TAHNIAH kepada pasukan MERAH KUNING..
*p/s : adakah Yan seorang prejudis dan bersifat keNEGERIan? (ask my hubby...muahahaha)

pasal Coxsackie

Saje nak berkongsi bahan bacaan... Sebenarnya ada anak kawan yang kene ni.. Takutla pulak..

Coxsackieviruses are part of the enterovirus family of viruses (which also includes polioviruses and hepatitis A virus) that live in the human digestive tract. They can spread from person to person, usually on unwashed hands and surfaces contaminated by feces, where they can live for several days.
In cooler climates, outbreaks of document.write(defcoxsackievirus67)coxsackievirus infections most often occur in the summer and fall, though they cause infections year-round in tropical parts of the world.
In most cases, coxsackieviruses cause mild flu-like symptoms and go away without treatment. But in some cases, they can lead to more serious infections.

Signs and Symptoms
Coxsackievirus can produce a wide variety of symptoms. About half of all kids infected with coxsackievirus have no symptoms. Others suddenly develop high fever, headache, and muscle aches, and some also develop a sore throat, abdominal discomfort, or nausea. A child with a coxsackievirus infection may simply feel hot but have no other symptoms. In most kids, the fever lasts about 3 days, then disappears.
Coxsackieviruses can also cause several different symptoms that affect different body parts, including:
Hand, foot, and mouth disease, a type of coxsackievirus syndrome, causes painful red blisters in the throat and on the tongue, gums, hard palate, inside of the cheeks, and the palms of hands and soles of the feet.
Herpangina, an infection of the throat which causes red-ringed blisters and ulcers on the tonsils and soft palate, the fleshy back portion of the roof of the mouth.
Hemorrhagic conjunctivitis, an infection that affects the whites of the eyes. Hemorrhagic conjunctivitis usually begins as eye pain, followed quickly by red, watery eyes with swelling, light sensitivity, and blurred vision.
Occasionally, coxsackieviruses can cause more serious infections that may need to be treated in a hospital, including:
viral meningitis, an infection of the meninges (the three membranes that envelop the brain and spinal cord)
encephalitis, a brain infection
myocarditis, an infection of the heart muscle
Newborns can be infected from their mothers during or shortly after birth and are more at risk for developing serious infection, including myocarditis, hepatitis, and meningoencephalitis (an inflammation of the brain and meninges). In newborns, symptoms can develop within 2 weeks after birth.
Contagiousness
Coxsackieviruses are very contagious. They can be passed from person to person on unwashed hands and surfaces contaminated by feces. They can also be spread through droplets of fluid sprayed into the air when someone sneezes or coughs.
When an outbreak affects a community, risk for coxsackievirus infection is highest among infants and children younger than 5. The virus spreads easily in group settings like schools, child-care centers, or summer camps. People who are infected with a coxsackievirus are most contagious the first week they're sick.

Prevention
There is no vaccine to prevent coxsackievirus infection. Hand washing is the best protection. Remind everyone in your family to wash their hands frequently, particularly after using the toilet (especially those in public places), after changing a diaper, before meals, and before preparing food. Shared toys in child-care centers should be routinely cleaned with a disinfectant because the virus can live on these objects for days.
Kids who are sick with a coxsackievirus infection should be kept out of school or child care for a few days to avoid spreading the infection.
The duration of an infection varies widely. For coxsackie fever without other symptoms, a child's temperature may return to normal within 24 hours, although the average fever lasts 3 to 4 days. Hand, foot, and mouth disease usually lasts for 2 or 3 days, while viral meningitis can take 3 to 7 days to clear up.

Treating Coxsackievirus Infections
Depending on the type of infection and symptoms, the doctor may prescribe medications to make your child feel more comfortable. However, because antibiotics only work against bacteria, they can't be used to fight a coxsackievirus infection.
Acetaminophen may be given to relieve any minor aches and pains. If the fever lasts for more than 24 hours or if your child has any symptoms of a more serious coxsackievirus infection, call your doctor.
Most children with a simple coxsackievirus infection recover completely after a few days without needing any treatment. A child who has a fever without any other symptoms should rest in bed or play quietly indoors. Offer plenty of fluids to prevent dehydration.

When to Call the Doctor
Call the doctor immediately if your child develops any of the following symptoms:
fever higher than 100.4° Fahrenheit (38° Celsius) for infants younger than 6 months and higher than 102° Fahrenheit (38.8° Celsius) for older kids
poor appetite
trouble feeding
vomiting
diarrhea
difficulty breathing
convulsions
unusual sleepiness
pain in the chest or abdomen
sores on the skin or inside the mouth
severe sore throat
severe headache, especially with vomiting, confusion, unusual sleepiness, or convulsions
neck stiffness
red, swollen, and watery eyes
pain in one or both testicles
Reviewed by: Stephen C. Eppes, MD, and Larissa Hirsch, MDDate reviewed: January 2007

4/22/09

Hasil Semakan Mr. Hubby

Okay kalau perasan, tag TENTANG DIA tu ade jawapan yang Yan ubah / tambah.. Sebab Mr. Hubby dah semak... dan ade kesilapan.. kan Yan dah kata, walau dah lama kawin pun belum tentu kita kenal pasangan kita 100%.. Anyway, nasib baik sikit je salah.. kalau sume salah macam mano? HARUla wei...
* Thanks Mr. Hubby pasai sudi menjenguk blog Yan...

Renung-renungkanlah... dan Selamat Beramal!

PETIKAN BUKU MOTIVASI DIRI WANITA - DR. HM TUAH ISKANDAR
Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat?
Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat.
Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahgiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya skrg.
Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila? Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'.
Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia. Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan.
Kalau MELESET bagaimana?
Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?
Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.
JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.
Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya. Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja. Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT". Demikian juga anda, tatkala anda menyangka pasangan anda tidaklah sehebat mana, anda juga perlu melihat diri dan mencermin wajah. Di situ mungkin anda juga dapat melihat beberapa kekurangan yang anda miliki yang selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh pasangan anda. Mengapa tidak boleh bertolak-ansur untuk sama-sama membina bahagia. Jangan sangka dengan hanya berkahwin anak raja, bahagia akan tiba. Sebab berapa banyak kisah2 istana dahulu kala yang penuh dengan sengketa dan porak-peranda.

4/21/09

Tentang Dia..


Yan telah di tag oleh rakan kite... Maaf Yan lambat buat... Yan cuba jawab la ek.. Sebenarnya walaupun usia perkahwinan kami dah hampir 4 tahun, namun semakin lama, rasanya makin banyak yang Yan perlu pelajari untuk fahami TENTANG DIA...

1. He is sitting in front of the TV, what is on the screen?
815 (Golf, golf, golf) Sampai Yan pun ble tau orang tu pakai 'golf club' jenis ape (eh betul ke?).. tapi yg paling Yan familiar 'driver' la... Haha.. (dengar bunyik pukulan tau...)
411, 412, 413 or 701 dan 103 (8pm everyday)

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Coleslaw (betul ke ejaan ni?)

3. What is one food he doesn't like?
Sayur kangkung ... sebenarnya banyak lagi.. tapi tu yg paling tak suka..

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
bergantung pada tempat yg kami tuju.. kalau kenny , die akn order quarter meal chicken ngan black pepper sauce + 1.5 coleslaw + 1.5 whipped potato + any muffin + ice lemon tea

5. Where did he go to high school?
Sek. Alam Shah, Cheras 1994 - 1998

6. What size shoe does he wear?
9 or 10 bergantung jenis kasut

7. If he was to collect anything, what would it be?
Barangan jenama Callaway (golf lagik?) * erk silap TAYLORMADE

8. What is his favorite type of sandwich?
Sandwich telur kot.. Saya tak pernah wat sebab saya tak suka ... (I'm corry)

9. What would this person eat every day if he could?
yang saya perasan...ape-ape yang saya masak.. tapi saya jarang memasak... Ikan bilis goreng + kentang goreng + tempe goreng + cili api +bawang +kicap... (teruk kan saya?)

10. What is his favorite cereal?
coco crunch

11. What would he never wear?
barang yg diperbuat daripada emas..

12. What is his favorite sports team?
Liverpool

13. Who did he vote for?
Alamak.. tak tau... * Hubby kat " vote 4 the party not 4 the candidate"

14. Who is his best friend?
Aidzeel, Hazran, Ding Dung (ade lagi kot..)

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Naik angin dan menjerit serta menyindir (banyak nye...)

16. What is his heritage?
ntah.. Jawa + Banjar ( tapi tak reti cakap pun...)

17. What is his favourite colour?
Hitam kot.. * Hijau

18. What is his habit?
Tido... zzzzzz.....

19. What is he proud of?
Yan rasa, die layak berbangga dengan diri die sendiri dan family kami....

20. Lastly, do you think he will read this?
Sudah semestinya....

Tag Barina

satu lagi tag yang Yan lambat jawab.... I'm Corry ye...

##TANDA-TANDA ANDA..

1. Sedang sukahati
gelak-gelak sampai keluar air mata...

2. Sedang marah
diam dan kalau seorang diri, akan memaki-maki tak hengat punya....

3. Sedang bosan tahap maksima
tidola...

4. Sedang cemburukan "sesuatu"
berusaha jadi lebih baik

5. Sedang rindukan "sesuatu"
cuba mendapatkannya

## KENAPA ANDA

1. Rasa cemburu
rasa kurang bagus

2. Rasa marah??
bila kesabaran dah mencapai tahap maksimum

3. Senyum-senyum
bila ade yang buat hati saya GELI dan bila orang senyum kat saya

4. Rasa bersalah
bila terasa macam orang sakit hati dengan kata-kata atau perilaku saya..

5. Rasa mengantuk tahap gaban
bila dah kenyang dan bosan

##REAKSI ANDA BILA

1. Sedang marah
maki-maki dan mengadu kat Hubby

2. Terasa malu teramat sangat
dah lama tak rasa malu sangat... dok diam-diam kot (menyorok)

3. Tak dapat tidur
baca majalah... lelama ngantukla...

4. Ternampak ehem berjalan dengan ehem-ehem
buat tak tau (sendiri mau ingatlah beb...)

5. Keseorangan
layan tv, blogging, tido

##5 FALSAFAH ANDA

Jangan ganggu hidup saya kalau saya tak ganggu hidup awak
Penipu adalah penipu
Benci akan tetap benci
Jangan jolok sarang tebuan
Fikir positif baru fikir negatif

##5 insan istimewa yang bakal di-tag..takdela...

Morning Sickness..

Saya , eh kenapa Yan tetiba bahasakan diri tukar-tukar ni? Kejap SAYA, kejap YAN ...
Okaylah Yan lah ..
Morning sickness.. Yan tak terkecuali.. Tapi Yan kene tambah.. Maghrib sickness.. Yan akan mual bila berus gigi.. Owh.. teruk betul.. Boleh kata setiap pagi , Yan akan amik masa tambahan dalam 5 minit daripada waktu biasa untuk aktiviti tu.. ( bukan berus gigi, tapi m**t*h) ...
Begitu juga pada waktu Maghrib.. Kenapa maghrib? Yan selalu sampai rumah (selepas amik anak-anak kat umah Mama) pada waktu maghrib.. dalam erti kata lain, kalau balik awal pun,
selepas habis cerita MATAHARI...
Dah azan, dan habis cerita tu, barula terkedek-kedek nak mandi...
Tak elok kan? Takpe, tunggu cerita Matahari habis, baru Yan tak mandi malam lagi... (degil)
Namun, Yan boleh dikatakan sudah hampir meninggalkan era morning sickness tu..
Sebab, alhamdulillah hari ni Yan tak ...............
Yahooo....
Cepatlah Yan pulih semula.. Barulah ada mood nak makan-makan, masak-masak,
shopping -shopping, tulis-tulis dalam blog lagi... .
Ops, ade hutanglah.. ade tag yg tak jawab.. Jangan mare...

Selera saya 1


Untuk makan tengahari, lauk2 begini sudah cukup membuka selera... tak tau kenapa, saya gemar makan berulamkan (eh, bole kata ulam ke?) KICAP KIPAS UDANG (manis)
Malam pula, saya hanya makan nasi sesenduk + telur goreng + kicap (wajib)
Owh... saya cuma makan 1 senduk nasi sahaja..

Mengidam 1

Haha.. Saya dah mula mengidam... Tapi bukan bende yang pelik... Cuma cara persembahan nye sahaja yang lain sikit... Ye.. kat atas tu adalah buah tembikai.. Yang dibentukkan bulat-bulat ... Ala... macam nak wat makan beradab tu... Feel pengantin ke? Takde... Yan cuma suka rupanya begitu sebelum di... NGAP...
Thanks to Hubby yang belikan buah tembikai + alatan (pembulat) tu. Thanks gak to Mama Yan yang melayan anaknya yang TERINGIN ni....

4/20/09

Peristiwa Bunga (CEMPAKA)

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda?Lewat petang, tika memasak makan malam.
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik.
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali kau begitu bersopan dan merendah diri.
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci."
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur. Kan kau temui bunga-bungan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu.
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu.
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali.
Airmataku mencurah ibarat air di kali.
Senyap-senyap ku kebiliknya dan melutut di katil.
"Bangunlah, anaku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang ungu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini.
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini.
Katanya,"Oh! ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala.
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu dan ibu suka bunga itu,
terutama yang ungu.
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita,
adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
Yan syahdu bila membaca e-mail ini daripada seorang kawan... Kenapa Yan syahdu? Sebab Yan pernah melaluinya... Tidaklah serupa 100%, kerana Imran belum fasih berkata-kata.. tapi kejadiannya lebih kurang sama... Apabila..
Selepas balik dari kerja, seperti biasa, Yan sememangnya letih.. Tapi anak-anak kelihatan sangat bertenaga.. Imran, anak Yan yg pertama berada di halaman rumah (Mama Yan a.k.a Nenek) Meneman Nenek mencabut rumput-rumput dalam pasu..
Di halaman rumah, ada sepohon pokok bunga CEMPAKA..
Nenek suka bau bunga CEMPAKA.. Yan tak berapa suka..
2 kuntum bunga dipetik Nenek dan diberikan pada Imran..
Imran berlari meluru Yan... sambil menghulurkan bunga tersebut..
Sesungguhnya Yan sangat tidak pandai menghargai... Ketulusan hati anak itu..
Yan terus kata,
"Tak nak lah"
Terus Imran merajuk... Duduk berteleku dihujung garaj..
Sambil tangannya masih memegang bunga CEMPAKA
Muncung nya ... Jangan cerita..
Yan rasa bersalah sangat.. Barulah Yan sedar.. "sayang gak anak aku kat aku"
Kenapalah aku tak amik je bunga tu?
Puas Yan pujuk...
Akhirnya die tak mau balik...
Bila ditanya, jawabnya...
"Mama tak sayang Im"
"Mama tak nak amik bunga Im"
Argh... Menyesal nye...
Padan muka aku...
Mulai dari saat itu, Yan sentiasa ingat... Setiap apa pun yang Imran tunjuk, Yan mesti ambil perhatian dan memuji-muji die sampai melangit...
Apapun pencapaian yang Imran dapat, Yan akan sentiasa berterima kasih.
Walaupun Im tak pandai cakap dengan jelas, Mama akan cuba memahaminya Sayang...

Yan dah OK, OK ke Yan?

Bolela... Yan dah okay..
pulih dari kesedihan.. over sangat la Yan kan?
Anyway, thanks pada semua kawan-kawan yang PRIHATIN..
Tak jemu memberi nasihat dan galakan..
Perbincangan sangat perlu..
Bagi meredakan atau serba sedikit menyelesaikan masalah..
Ye... Yan telah berbincang..
Nasib baik si 'dia' mengakui nya..
salah faham dan salah tafsir + sensitif = sedih + menangis

4/17/09

Dulu vs Sekarang

DULU
orang kata, orang yang kata,
saya comel, saya cute,
saya lawa..
sebab dulu saya selalu ketawa...
sebab dulu saya muda lagi..
sebab dulu saya hanya nak enjoy...

SEKARANG
orang kata,
saya senyum, tapi terpaksa
bila ketawa,
orang kata saya nangis,
Kemana hilang seri wajah saya?
oooo..
mungkin kerana hati saya
HATI saya....
memendam perasaan..
HATI saya ...
tidak gembira...
habis tu?
takkan nak enjoy je?
kenapa saya tak enjoy?
tapi kalau asyik nak enjoy,
mana arah tujuan HIDUP saya?
saya ni banyak masalah ke?
hidup kalau takde masalah,
bukan hidup namanya...
takkan nak lari dari masalah?
sampai bila?
orang kata,
kenapa orang kata?
sebab orang lain yang nampak kita...
kita? / saya?
saya sedar siapa saya..
tapi saya tak tau nak buat apa...
mungkin saya kene jumpa kaunselor..
kawan-kawan kata,
cerita masalah dengan orang yang kita selesa...
siapa?
saya dah tak tau siapa...
teruk nya saya..
kawan baik pun takde..
kan saya kata...
saya bermasalah...
susah nak percaya kat orang lain..
takut masalah saya dijaja pula...
takut? takut pula?
semua orang pun rasanya ada rasa takut...
Ya,
saya dah tau dengan SIAPA...
Yang paling layak
Yang Maha Mengetahui
Yang Maha Mengasihani...
Kembalilah PadaNYA...
ALLAH...
p/s : maaf sekiranya entry-entry saya membicarakan benda yang sama... jika bosan, abaikan sahaja... kerana saya sedang BERKELANA...

WANITA

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak
dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya
dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya
untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya,
Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada."

Sampai Bila?

Kala ini, emosi saya tidak begitu stabil..
Kadangkala saya rasa nak je berhenti daripada terus ber blogging..
Kenapa?
Saya rasa belum bersedia untuk bercerita tentang hati saya...
Argh.. kenapalah saya susah sangat nak luahkan apa yang ada dalam hati ni?
Hati saya, jiwa saya sangat lain dengan luaran saya..
Adakah ini penangan orang berbadan dua?
TIDAK...
Saya memang begini..
HATI saya menangis..
TERUKNYA saya...
BERLAKON sahaja...
MENIPU orang sekeliling...
Dengan senyum tawa...
Saya PERLU menjaga hati ramai orang...
TIDAK SESUAI untuk dikongsi UMUM...
Saya tak suka tunjukkan pada orang
yang sebenarnya saya
sedang BERSEDIH
Buat apa?
Bukan orang boleh buat apa-apa..
tak boleh tolong..
MASALAH sungguh
saya yang BERMASALAH..
tapi sampai bila ?
sampai bila saya nak simpan?
sampai mati kot...

4/1/09

Selamat Ulangtahun Yang!


Selamat Ulangtahun buat Mr. Hubby... Sorry tak dapat menyambut dengan penuh semangat... kerana kesihatan yang tidak mengizinkan... Maybe En. Yasin boring je ... bila bangun pagi tadi , takde ucapan Happy birthday kan? Tapi sang isteri mengejutnya bangun pagi seperti biasa... dengan ayat-ayat biasa... bukan ayat-ayat CINTA... Maaf, saya bukan seorang yang romantik tatkala tidak sihat... dan sebenarnya memang bukan jenis yang romantik...Namun saya gagahkan juga untuk mengekspresikan hati saya buat masa ini...


Buat Suamiku Mohd Yasin Alwi

Yang lahir pada 1 April 1981

Ye, usiamu telah mencecah 28 tahun

Tiada hadiah yang terlintas di benakku

Maaf, tapi sesungguhnya ada juga niat dihati..

Bila tanya padamu, kau katakan ....nanti difikirkan

Bimbang juga... manalah tahu...

En. Yasin mahukan sepasang suite yang baru?

Aduh... harganya mencecah hampir 4 angka...

Set golf yang baru? sebatang sahaja sudah 4 angka

Kasut? sudah biasa...

Baju? sudah banyak...

susah sebenarnya nak fikirkan hadiah apa yang En. Yasin nak...

Tapi nasib baik En. Yasin seorang yang kesiankan isterinya...

nak menyambutnya ? Saya tak larat.. Lagipun..

En. Yasin sudah biasa tidak menyambut hari lahir beria-ia

Lain, sya selalu menyambutnya...

Jadi, saya rasa susah hati sekiranya tiada kek / hadiah / makan-makan...

Saya akan usaha... saya suka bagi sesuatu yang boleh dikenang..

Tapi apakah ia? Saya pun tak tau....... :(