4/20/09

Peristiwa Bunga (CEMPAKA)

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda?Lewat petang, tika memasak makan malam.
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik.
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali kau begitu bersopan dan merendah diri.
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci."
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur. Kan kau temui bunga-bungan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu.
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu.
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali.
Airmataku mencurah ibarat air di kali.
Senyap-senyap ku kebiliknya dan melutut di katil.
"Bangunlah, anaku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang ungu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini.
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini.
Katanya,"Oh! ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala.
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu dan ibu suka bunga itu,
terutama yang ungu.
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita,
adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
Yan syahdu bila membaca e-mail ini daripada seorang kawan... Kenapa Yan syahdu? Sebab Yan pernah melaluinya... Tidaklah serupa 100%, kerana Imran belum fasih berkata-kata.. tapi kejadiannya lebih kurang sama... Apabila..
Selepas balik dari kerja, seperti biasa, Yan sememangnya letih.. Tapi anak-anak kelihatan sangat bertenaga.. Imran, anak Yan yg pertama berada di halaman rumah (Mama Yan a.k.a Nenek) Meneman Nenek mencabut rumput-rumput dalam pasu..
Di halaman rumah, ada sepohon pokok bunga CEMPAKA..
Nenek suka bau bunga CEMPAKA.. Yan tak berapa suka..
2 kuntum bunga dipetik Nenek dan diberikan pada Imran..
Imran berlari meluru Yan... sambil menghulurkan bunga tersebut..
Sesungguhnya Yan sangat tidak pandai menghargai... Ketulusan hati anak itu..
Yan terus kata,
"Tak nak lah"
Terus Imran merajuk... Duduk berteleku dihujung garaj..
Sambil tangannya masih memegang bunga CEMPAKA
Muncung nya ... Jangan cerita..
Yan rasa bersalah sangat.. Barulah Yan sedar.. "sayang gak anak aku kat aku"
Kenapalah aku tak amik je bunga tu?
Puas Yan pujuk...
Akhirnya die tak mau balik...
Bila ditanya, jawabnya...
"Mama tak sayang Im"
"Mama tak nak amik bunga Im"
Argh... Menyesal nye...
Padan muka aku...
Mulai dari saat itu, Yan sentiasa ingat... Setiap apa pun yang Imran tunjuk, Yan mesti ambil perhatian dan memuji-muji die sampai melangit...
Apapun pencapaian yang Imran dapat, Yan akan sentiasa berterima kasih.
Walaupun Im tak pandai cakap dengan jelas, Mama akan cuba memahaminya Sayang...

4 comments:

DYLA said...

erm betul yan. kdg sesuatu perkara terjadi , baru la kite nak rase menyesal.

sedih lak baca. bagus yan topik ni, mengingatkan..

Unknown said...

i'm so touched...

fuadnis said...

yan,
terus terang nis cakap, mmg itulah yg nis selalu buat dgn ukail..nis selalu menghargai ape saje yg dia buat utk nis..walaupun kadangakala tak bermakna..sebab ape dan sejak bila??sejak ukail lahir dr rahim nis..sebab nis tau betapa sukarnye utk mendapatkan dia....atas kesukaran itulah nis tak mau rugi setiap saat melayan karenah dia..

YAN said...

Baguih baguih... semoga aku tak terlambat untuk menjadi ibu yang BAIK...