12/28/09

Susu Ibu

Sekarang ni Yan tengah bersemangat bf Asyraf.. Dah anak 3 baru sedar ? Memang pun... Kesian kat anak-anak..
Kenapala Yan sia-siakan anugerah Allah ni selama ini..
Alhamdulillah Yan dah sedar dan nasib baik belum terlambat... harap-harap semangat Yan tak kan lemah sampai bila-bila.. Kalau u all pernah baca entry sebelum ni pasal jaundice Asyraf, sebenarnya Yan dah hampir putus asa.. tapi dalam masa yang sama Yan buat juga bekalan PSI.Macam mana Yan leh kembali bersemangat.. ? Lepas buat monthly check up., dan berat Asyraf meningkat seperti abang-abang die yang lain.. (yang menyusu campur) badan Asyraf pun dah mula berisi.. Muka die mula tembam..
Emm... Bahagianya tengok die membesar.. seronok sangat bila Mr. Hubby menyokong usaha Yan dengan bagi moral support... kata-kata yang membuatkan hati berbunga-bunga..
" mestilah Asyraf tembam.. Asyraf kan minum susu Mama.."
Oleh kerana itu , Yan akan sentiasa mencari info macam mana untuk mengekalkan jumlah bekalan PSI yang mencukupi .. setakat ni Yan minum susu Anmum Lacta, air longan + kurma kering , air horlicks selain minum air masak ...
Sekarang juga Yan dah ada satu kawan yng perlu dibawa setiap hari.. Kalau tak bawa, alamatnya mau meletup anugerah Allah ni..hehehe.. beg pump la.. Alhamdulillah.. masa bekerja hasil tenusu agak memberangsangkan.. tiap kali pump dapat 5oz.. okla tu kan...
Kalau keluar ke mana-mana, Yan akan bawa kawan yg satu ni.. Nusing Cover.. Asyraf ni, kalau die nak menyusu, tak kira tempat... Jadi supaya anugerah Allah tu terpelihara dari penglihatan orang ramai, Yan pakai nursing cover... Ini kalau tempat yang Yan pergi takde bilik penyusuan. Tapi kengkadang. tak sempat nak sampai ke bilik tu, Asyraf dah meraung.. so, kenela bagi kat tempat yang terdekat.. Kalau g shopping complex, tempat yang wajib pergi adalah bilik penyusuan.. samada untuk bf Asyraf or salin diapers anak-anak..
Tapi, kenapa ek orang tengok , ibu-ibu yg bf anak dikhalayak macam sesuatu yg menjengkelkan? Yan sebagai salah seorang ibu yang bf anak dikhalayak, kadangkala rasa terhina pulak.. Padahal sepatutnya ia adalah sesuatu yang patut dibanggakan...
So, apa kata kawan-kawan?

2 comments:

fuadnis said...

ala yan...aku selamba je nyusukan anak aku kt khalayak ramai..biorla org nak pandang ke apa..aku lagi bangga pasal anak aku minum susu badan aku..no hal lah!!teruskan usaha ko..

*diorang pandang2 ko pasal nursing cover ko cun kot..hehe..

YAN said...

Emm.. sedap hati aku baca komen ko ni.. Erk, nusing cover yg cun ke, tuan punya yg cun .. ahaks... (perasan)