Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balikkampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luarnegara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah danadik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa ceritaNaim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kataku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik mainsama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenangzaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.Bas yang terhenyak-henyak dekjalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mestisemua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempungmenyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalukena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar diluar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim jugamesti terlopongmelihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhentidi bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampirsepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang dudukmencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raizmenghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anakkemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apakau buattepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yangterkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! BalikMalaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusiapun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalanRaiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga kebawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekehdan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balikrumah ke?" Naim mengubah topik."Cadangnya gitulah!"" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.Banyakbenda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalumenarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati."Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabilamendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangicahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang."Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macamterjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebabnak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orangjahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempangdibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim."Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datangnak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naimterisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiztergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang ."Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempatnak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepijalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang jeboleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilangpulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli akumakan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, akubetul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raizmenyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergibelajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengokbalik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apaboleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dansepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayudan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam nipun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balikni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintakampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlahmakan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukulberapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dantilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.."Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raizbangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayahdanahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidurkat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkahayahnya."Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiadagelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yangbertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raizpandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malahberpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah."Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segeramengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim binMalik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah."Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang sayajumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?""Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggalhari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwahmak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpadia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelangraya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temuisemalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisipusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi."Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nakraya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujungkaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lahrumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naimlalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepadaarwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman disana !moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar
top notch mobile home services
2 years ago
9 comments:
salam perkenalan..
saya dah baca..sedihh..
kesian pun ade..
ermm...lau sudi jenguk lah blog saya sbb ari ni saya pun ade wat entry terpanjang..
:-)
Mrs E,
Salam perkenalan... Saya pun dah baca entry awak tu ... tragis betul...
bertemu kembali..
saya dah baca..memang sedih
moral of the story; berbaktilah kpd kedua ibu-bapa kita, saudara-mara serta kawan2 sementara mereka masih ada..
sapa tahu mungkin ini ramadhan yg terakhir buat kita... :)
isskk...
maaf yan eh, kot ada salah silap. raya belum tentu jumpa, posa pun kita tak terjumpa-jumpa. jumpa kat ruang blogosphere ni je laaa nampaknya...salah faham boleh berlakku disini, berjumpa eye-to-eye juga yang terbaiknya.
Normi,
sama-samalah kite ...
bagus gak cerita nie..banyak mesej..aku memang setuju sangat2..sebab tu bila jadi kawan selalu2 lah tanya kabar takpun anta mesej "BUAT APE?" jadila..jgn bila ade berita gembira je br nk teringat kawan....ms susah pn kite mesti bsama..sebab tu bila jadi pe2 kat kawan2 kite kita tak tau lgsung..nk jumpe tak tau bila..jauh..
alhamdulillah..wat masa ni kawan yg paling kerap aku berbalas mesej ialah dalila..nk call jauh..sentiasa ade ms memerlukan nasihat..(dgn ko pn ade gak kan yan..walaupun tak selalu..)jadilah daripada takde lgsung..he..he..
Anis,
Aku pun bukan nye kawan yg baik sgt pun ... selalu gak lupa nak tanya khabar kawan2.. Tapi dengan adenye blog ni... kire okla kan kite dapat mengikuti perkembangan masing2...tul Nis?
tul tu yan..nasib ade gak blog nie..
Post a Comment