Kenapa Yan menangis? Yan pun pernah mengalaminya... Pernah dituduh Queen Control... Pernah dikata pemalas ... Lama juga kesedihan terpendam di dalam hati... Pernah juga diluahkan... Namun..... So, bacalah luahan seorang SUAMI yang meruntun hati dan perasaan Yan pada pagi ini... Kepada Viruspadu.. sorry masukkan entry En. Laloque.. Kepada yang kurang faham, bleh baca kat http://viruspadu.blogspot.com
Hari ni aku benar-benar terasa hati. Apa salah dan dosa isteriku sampai dia dimalukan begitu. Dihina, dicerca sebegitu rupa. Kalau dahulu soal arwah anaknya, kemudian hukum-hakam auratnya dan sekarang perihal peribadinya!!. Memang... memang aku tidak dapat memaafkan perkara ini!!Kenapa perlu dikhuatirkan soal layannya kepadaku. Aku sebagai suaminya tidak sekelumitpun pernah terasa hati mahupun kecewa dengan segala tingkahlakunya. Setiap nafasku merupakan redhaku buatnya. Aku tidak fikir ada wanita lain dapat menggantikannya selamanya!Kenapa perlu dirisaukan sama ada dia masak atau tidak untukku di rumah; kerana aku sendiri yang ingin memasakkan makanan di rumah. Salahkan aku sebagai suami memasak dirumah??? Dayuskah aku kalau aku turun ke dapur untuk memasak??? Di Queen-control kan kah kalau aku gemar memasak di rumah???Iya!, Aku memang jahil bab agama... tetapi aku pegang satu hadis dari Nabi SAW:“Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makanan kepadanya dan beri ia pakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isterinya membangkang).”Dan itu yang aku lakukan... memberikan makanan kepada isteriku. Sama ada aku beli siap bermasak atau aku sendiri yang memasaknya. Dan dia sendiri sering juga memasak untukku. Bukan tidak pernah langsung!!Dan salahkah aku, kalau kebanyakan kerja rumah aku yang buat. Hilangkah kejantanan aku kalau aku membasuh dan menyidai kain??? Malahan Nabi SAW sendiri banyak membantu isteri baginda di rumah... Adakah hilang sifat kerasulan baginda???Aku punya isteri yang tidak secergas wanita lain. Beliau lembik. Beliau sering sesak nafas. Beliau mudah pitam. Mudah penat. Yang itu orang lain tak tahu dan aku yakin ramai yang tak mahu ambil pedulipun. Salahkah kalau aku berkongsi meringankan kerja-kerjanya itu.Hanya aku yang pernah merasa keresahan bila melihat dia sesak nafas. Terkocoh-kacah ditengah malam ke Hospital untuk mendapat rawatan. Hanya aku pernah merasa kengiluan bila melihat doktor terpaksa menambah 1 atau 2 pain darah padanya. Hanya aku yang pernah bersengkang mata menanti siang untuk melihat keadaannya.Sebagai suami, untuk membalas harga kepayahan... penderitaan... ketabahan isteriku itu... salahkah aku aku cuba membahagiakannya dengan memanjakannya??? salahkah aku buat semua itu demi satu PERKONGSIAN... kerana itu sebenarnya makna berumahtangga... PERKONGSIANAku masih ingat saat aku mengengam tangan tok Kadi... saat itu aku teringat sabda Nabi SAW:“Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu).Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah.”
9 comments:
yan,
mmg tul yan. ada je kwn2 hubby aku ckp aku queen control, tpi aku tak kisah. sbb lelaki ni kalau kite loose control sgt pun tak leh..terlebih kontrol pun tak leh....
pehtu kan yan, org yg ckp aku queen control tu biasanya org laki. dah tu skang dia plak yg takut bini.(masa dia ckp tu, dia blum kawen) ape citer? istilah ni tak patut wujud. tgk je perangai lelaki2 skang ni...
ada lg, aku mmg tak puas hati ni. patut ker laki org nak merayau2 ngn geng2 jantan after ofis hour? walaupun geng2 jntan tu ada bini. ada plak yg berlakon konon bini dia sket pun tak kesah dia nak balik mlm ke haper ke... tu laki tak bertanggungjawab namanya. habis anak2 kat umah ni, bini je ke nak tengok, nak awas? nak jaga?
bg aku tak salah la, kite suh dia tlg masak ke, tlg lipat kain ke, tlg gosok baju ker, sbb on that time bukan kite duk berlepak sje. lg satu, isteri ni bukan org gaji okeh!
perlu la saling bantu-membantu.(bukan mengarah sajer)
oh ya, yg ckp ko queen control tu laki ke pompuan?
***ni namanya komen terpanjang aku***
Dell,
Pertama sekali lelakila... Menangis aku dibuatnya... Perempuan pun ade ... 'orang tu' laki die tak pernah tolong buat keje rumah agaknye.. 'orang tu'rasa dah bagus sangat membesarkan anak2 tanpa bantuan ( masak, sidai baju, etc...)Bencik... Dunia dah maju, suami pun tak macam dulu.. Kengkadang para suami ni tak kisah pun tolong2 isteri, tapi orang yang tengok dan dengar yang lebih2 ... macam la bagus sangat... hish... kang aku maki hamun lak dalam blog ni... hampir hilang kesabaran ni... Dell, baik ko tahan aku...
yan,
aku sokong la laki skang tak mcm dulu. sbb bini skang pun tak mcm dulu. arghh lantak la queen control ke haper ke... janji tak mintak duit dorang...
bangga sgt la smua keje dia buat smpai esok bdn pun pengkau. esok dah sakit, laki??........ sendri sambung.
*** enggan ku sebut kata2 nista walau dlm hati ni mcm nak hamun jer**
Dell,
For further comment , kite sok sek dalam YM...
yan, memang sedih kisah ni sampai aku sendiri pun sebak.. emm aku pun penah dikate kan QC gak oleh kawan2 hubby aku sendiri, kalu ckp setakat belakang2, n aku x dengar x pe lagi. Ni siap ckp depan aku.. Terus aku tanyakan pd hubby samada aku ni QC pd die atau x. Selamat hubby memahami n membela aku.. rs terharu sangat mase tu. Dan sekarang ni die yg byk bantu dlm hal2 rumah spt membasuh dan seterika baju. Die sendiri pun x kisah.. skang ni aku pedulikan je pe yg org nk ckp, sbb dorg x paham situasi berumahtangga ni.
Pada ko pun, x yah ler nk tensen2 psl hal org nk jage tepikain umah tangga ko.. yg penting ko suami isteri tau pe yg korg buat sudah lah..enjoy n ceria selalu k.
Aku x taulah nak komen. Tapi bg aku kita ni semua pompuan same jer. Mudah tersentuh dan inginkan perhatian....Semua dah jelas.
*Psst: Dyla, amboi panjangnyer komen korang ni. Siap berbalas2. tepon teruslah senang
...he..he..he...!
yayan & dell,
relax..relax..akupun bengang gak org yg ckap bini queen qontrol tu..wlupun setakat ni takde lg org ckp camtu kat aku..tapi hubby aku pun buat sume keje2 tu..suruh wat ape je takde hal..jadik kire aku nipun QQ gakle??aku bangga..aku bangga..bangga bukan psal jd QQ.. tapi bangga dicemburui..kih..kih..sebab sapa yg ckap gitu maknenye dia cemburula psal sebenarnye laki diapun tak penah tolong wat keje umah la tue..muaahaahaa.....
p/s manusia tak penah larik dr hasad dengki..nauzubillah..
yan kena tag lg hehe...
erm sape c timah tu haa? ada link blog dia?
eii...seronok, gembira hati kalau suami menolong meringankan beban kerja rumah kita. tak patut orang luar melatah melebih-lebih sebab yg menjalani ibadah berumahtangga tu hanya kita dan pasangan. dan kita juga jangan juga mudah melatah dengan orang2 yang gitu.
ABAIkaaaaann!
bukan ke yang berasa bahagia tu kita? dan yang ringan tulang, bergembira hati membantu kita dengan kerja rumah tu pula pasangan kita. pada aku-mr. hubby, kami masing2 tahu peranan masing2. syukur, alhamdulillah.
what the heck, let go with what people say? why bother?
setakat ni alhamdulillah, idak pula ada yang berkata aku QC. hubyy pun tak pernah pun dikata KC.
nyampuk skit: kesiannya chugie, baru bergelar wifey pun dah ada org lain yg 'lebih sudu dari kuah?'
Post a Comment