9/25/09

Gelak Tawa...




Seronok melihat Dia tertawa lagi....

Tahniah di atas kelahiran puteri dan putera ...

Kepada rakan-rakan yang mengenali Nur Hazree Surian, beliau telah selamat melahirkan seorang Baby Girl pada 22.09.2009 pukul 3:30ptg ... Sekarang sedang berpantang di rumah keluarganya di TELOK PANGLIMA GARANG, BANTING.. (Yan pun lum dapat melawat lagi..)
Juga Zora Farhan , beliau juga telah selamat melahirkan Baby Girl (Qaisara) pada 16.09.2009 dan difahamkan juga sedang berpantang dirumah keluarganya di IJOK, KUALA SELANGOR..
Dan seorang lagi rakan Yan, Rina yang telah selamat melahirkan Baby Girl juga (Kasih Kaisara- sorry kalau salah eja) pada 18.09.2009 dan sedang berpantang di rumah mertua nya (yang juga makcik aku) di KANCHONG DARAT, BANTING
Tak lupa juga ALONG .. ROSNIZAWATI ROSLAN yang telah selamat melahirkan Baby Boy (Adam) pada 08.09.2009 ...
*Ha.. Yan bila lagi? Tunggu... Berdebar lak rasanya.. Erk... Apasal semua Ex-BG5 melahirkan puteri pada tahun ni? agak-agaknya Yan termasuk tak?

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ... Maafkan segala keterlanjuran kata dan tingkah laku sekiranya ada selama kita berhubung dan berutus khabar berita di alam SIBER ini...

9/15/09

Celebrate Birthday Ammar





Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish Ammar ... Semalam kami celebrate birthday Ammar secara sederhana di rumah MaPa.. Makan yang biasa-biasa sahaja.. Cuma beli KFC bucket dan Kek Butter Longan.. Kenapa kek Butter Longan? Sebab selalu sangat beli kek yang ade unsur coklat.. Orang veteran tak minat makan coklat sangat.. Dan yang penting, decoration kek tu, ade buah kesukaan Ammar.. Buah kiwi..Mamat ni memang suka makan buah.. Beza sangat ngan Imran..
* Tapi, kenapa kalau tengok gambar-gambar kat atas tu, dah macam birthday Imran lak.. Superman ni suka curi perhatian orang tau... Kesian Ammar..

Tiada Kejayaan Tanpa Kegagalan




Tiada Kejayaan Tanpa Kegagalan.. Gagal sekali tak bererti kita harus gagal lagi...
Apasal Yan bermadah-madah lak ni? Hehehe.. Ni sebenarnya kata-kata motivasi diri sendiri.. Ye la.. semenjak 2 menjak ni kan Yan sibuk belajar menjahit.. daripada 10% jer ilmu tu, lama-lama Yan dah tau macam mana nak selesaikan masalah.. Tapi belum 99%.. baru berjaya boleh kata .. 75%.. Contohnya, dalam menyiapkan baju Kedah tu, Yan telah melakukan 2 kali kesilapan masa nak membentuk bahagian leher... Kesilapan disedari setelah tiba langkah mengelim / mengemas kan lipatan... Tak faham? Cuba tengok bahagian leher baju (biru dan kuning) tu betul2.. dan bezakan dengan hasil yang sepatutnya.. (pink).. Yan tak nak lah hanya tunjuk yang cantik-cantik dan berjaya sahaja... Tapi Yan pun nak kongsi kesilapan-kesilapan yang Yan dah buat..


Setelah beberapa minggu belajar menjahit, bahagian paling susah dalam pembuatan pakaian adalah leher.. silap sikit, herot berot ke laut la jawabnya...

*Teringat kisah Kakak Ipar yang dulu belajar menjahit baju kurung.. Boleh terpotong / jadi 2 lubang leher... Macam mane tu? Alamat ke tong sampahla jawabnya...

Cerita pasal tong sampah, pagi tadi, 6 biji muffin telah masuk ke tong sampah.. Gara-gara silap guna function.. Selalu, kalau Yan bakar muffin or kek, Yan akan guna api atas dan bawah.. barula masak elok (tak hangus) Tapi tadi, Yan guna api atas je.. Bila keluarkan, bahagian dalam tak masak lagi... So, bijakla kononnya.. Bakar lagi guna api bawah saje.. Emm.. tetiba bau hangit .. siap berasap lagi.. Nasib baik tak rentung... Nasib la ada lagi balance adunan untuk buat 6 lagi muffin.. Saje..Bawak bekal untuk anak-anak....
Akhir kata, tumpuan dan konsentrasi perlu dalam melakukan sebarang kerja ... tak kiralah kita dah pernah buat sesuatu perkara tu banyak kali pun, ada kalanya, akan berlaku kesilapan...

9/14/09

2 tahun lah..


Selamat Hari Lahir Ke 2 Muhammad Ammar Mirza..
Semoga Ammar dikurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat dari Allah dan
jadilah anak yang soleh bagi mengirim bekalan Mama dan Papa kelak..

Saya mengaku, saya lalai

Keasyikan terhadap Hobi Baru telah membuatkan saya tertinggal / terlupa benda-benda penting sempena lebaran ... Namun bila telah tersedar, semuanya sudah terlambat... dan saya rasa bersalah...
satu perkara penting yang mesti ada adalah TART NENAS... Ini kuih kegemaran Mr. Hubby...
Sorry Yang....

9/9/09

Juadah berbuka semalam

Watermelon Juice
telur dadar yang dah kene cilok oleh Ammar

Kailan ikan masin

Udang goreng tepung- wishlist Mr. Hubby
Emm... Ni je yang sempat disediakan semalam.. Mr. Hubby balik lewat sebab ada meeting kat SUK.. Ntah pape la meeting buat petang. Kan bagus buat pagi, takdela yang dari daerah jauh tu tergesa-gesa nak balik berbuka ngan anak isteri.. Dah lah tu kalau jem teruk lagila haru.. kene berbuka tengah jalan.. Apela... Dan kesian kat Yan ni.. tertunggang tonggeng bersilat kat dapur tu.. Walaupun juadah tu tak susah mane nak sediakan, tapi budak 2 orang tu suka bikin hati jadi panas.. Kalau di biar berdua, ade aje benda nak dibuat.. Sepahkan biskutla, tolak-tolak la.. Aduh hiruk piruk dibuatnya.. Tu belum kejap-kejap datang dapur mintak susula, milo la.. Penat woooo.... Tapi, alhamdulillah Yan sempat gak siapkan semuanya sebelum waktu berbuka.. dan Mr. Hubby sempat sampai sebelum azan untuk melayan anak-anak...
Bukan tak nak beli je kat PaRam, tapi bayangkanlah Yan nak mengheret 2 budak tu g PaRam? Hish, tak dapat bayangkan.. Emmm... hari ni Mr. Hubby ada meeting lagi kat SUK.. Petang gak... Argh.. Apa nak masak ni?

9/8/09

Hasil hobi 1


Kalau terbaca entry hobi baru Yan, Yan ada cerita nak cuba jahit jubah kan? Okay, hasilnya Yan dah berjaya buat 1 jubah.. Kalau tengok bentuknya, dah jadila seperti yang Yan nak.. Tapi kalau tahap kekemasan jahitan, Yan belum okay lagi... Perlu lebih latihan.. Jubah tu memang buat takde cutting.. Yan ikut jubah siap yang ada.. Jadi, bolela Yan pakai masa pregnant ni... dan lagi, Yan cadang nak tambah jahitan manik pada depan baju dan hujung lengan.. Okay ke kawan-kawan?
Sebagai memulakan sesi belajar ikut buku seni jahitan yang Yan beli tu, Yan cuba buat baju kedah... Untuk dipakai lepas bersalin nanti.. Emm.. dah siap jahit tepi, tinggal nak cantum je.. Dan lagi, baru cuba buat baju je.. Kain belum lagi..
* mencabar betul nak potong kain selain kain cotton.. Kain cotton viscose tu pun tak kurang degilnya.. Sabar je la..

Kawan baru...

Memeperkenalkan kepada semua.. Kawan baru Yan.. Yang selalu menemani Yan selepas waktu sahur.. Sebenarnya kami baru je berkenalan.. Dalam bulan puasa ni gak.. Thanks pada Kak Shely.. Kalau Kak Shely tak kenalkan Yan pada 'kawan baru' ni, mesti Yan belum dapat melunaskan hajat hobi Yan..
Mesin jahit portable SINGER jenis featherweight II ni adalah kepunyaan Kak Shely. Telah lama dibeli tapi tidak digunakan lagi.. Memandangkan adik bongsunya ni sibuk nak belajar menjahit, jadi dipinjamkanlah mesin ini kepada Yan... Begitu juga peralatan menjahit yang lain-lain... Kenapa Kak Shely ada semua barang ini, tapi tidak menggunakannya?
Kak Shely merupakan seorang guru ERT.. Ala... cikgu masak-masak dan jahit-jahit tu.. Tapi, hampeh kan? Ilmu yg ada tidak dipraktikkan.. Yan ni yang terhegeh-hegeh nak buat macam-macam.. Nak masak la, nak menjahit la.. Tapi Yan tak belajar pun.. Maksud Yan, dengan lebih mendalam perkara-perkara tu.. Dengan ilmu yang ada, Yan tekad nak buat sendiri.. Kalau tak cuba, tak tau kita boleh atau tidakkan?
Sorry to say, dah 2 cikgu ERT dalam keluarga Yan, diorg ni pemalas lipas. Malas masak malas jahit baju sendiri walaupun ada ilmunya.. Tapi kalau suruh bagi komen... Wow ... terhebat... Sehingga sakit hati mendengarnya.. Dalam keburukan tu, ade baik nya pulak.. bole buat reference.. tentang jenis-jenis kain, cara penjagaan, jenis-jenis bahan masakan... Kalau suruh buat? dalam 10, 1 je kot... Ampun kakak ku...

Sempena Hari Raya


Suasana menyambut lebaran makin terasa kat rumah Yan.. Ntahlah.. Tak tau kenapa.. Tahun ni Yan rasa bersemangat sangat nak raya.. Bayangkanlah.. selama Yan dok kuarters, mane la Yan ade semangat nak menghias rumah? Tapi, tahun ni semangat tu datang.. Buat langsir baru, beli tikar baru, pasang lampu lip lap ni, pasang pelita.. Yan tak pernah buat benda-benda ni sebelum ni.. Dulu, nak raya, yang penting baju raya, kuih raya.
Mungkinkah atas dorongan anak-anak? Imran yang dah mula faham apakah keseronokan raya. Ye.. besar kemungkinan pasal mereka.. Sebolehnya Yan nak mereka gembira..
Namun, disebalik keghairahan kami menghias rumah, Yan sampai hari ni cuma ada 2 pasang baju raya.. Boring la.. takkan nak pakai baju maternity .. Tak glamour langsung.. Jadi cuti 3 hari lepas Yan round shah alam dan nilai ... Yan nak cari jubah (yang muat) dan cantik untuk pakai masa raya nanti dan boleh pakai lepas bersalin.. cuma jumpa 1 yang berkenan di hati.. Ade lagi... tapi takde saiz.. penat sangat.. Yela.. benda yang dicari tak dapat.. Kalau dapat, mesti Yan gembira.. Penat pun tak rasa.. Emm... Ni kali ke dua Yan beraya dalam keadaan pregnant. Nak beli baju maternity lagi, macam tak berbaloi pulak.. Dah masuk 8 bulan..
Lagi satu, pregnancy kali ni, Yan punya perangai over sketlah.. Nak melaram je..
e

9/4/09

Kesukaan Mr. Hubby (Juadah berbuka semalam)





Semenjak dua menjak ni Yan dan Mr. Hubby rajin ke dapur.. Kira berasap asap lah dapur Yan tu..Semalam makanan ala seafood.. Tomyam sayur + udang dan ikan siakap bakar.. Emmm.. tomyam tu senang jer.. Ikan bakar pun.. Tapi selama ni kat umah Mama, Yan bakar atas dapur je.. Semalam buat pertama kali nya Yan bakar kat rumah ni guna oven.. Disebabkan Yan tak berapa arif tentang function yg banyak kat oven tu, Yan pun gunakan talian hayat.. Sape lagi, kalau bukan sifu memasak.. Pn. Normi.. la.. Thanks Normi , lihatlah hasilnya...
Hehehe... sekian laporan pada hari ini.. dapur bakal berehat dihujung minggu.. Tapi, rasa gatal je tangan ni nak cuba resepi yang lain..
* Eh, ada orang ajak shopping baju raya la weekend ni? jadi ke?.??

9/3/09

Cuba Masak..











Malu sebenarnya nak mengaku.. tapi ngaku gaklah.. percaya tak, dah 4 tahun hidup berkeluarga, Yan belum pernah menyediakan Juadah Raya sendiri? Selama ni dok mengharap kat Mama untuk masak dan Yan tolong-tolong je... Dan tahun ini, sudah tiba masa untuk membuat anjakan paradigma (ceh yoyooo jer..) Jadi, percubaan pertama adalah Rendang Ayam Minang.. Ha.. Resepinya Yan amik dari blog Ummizaihadi.. Alhamdulillah.. Mr. Hubby suka.. (mangsa pertama) Yan gamble je.. 2 jam siap masak rendang dan rebus n. himpit ... Lemang ngan kuih tepung pelita tu Mr. Hubby beli kat PaRam.. Thanks to Ummi..

Nampaknya tahun ni Yan tak datang rumah Mama dan Mentua dengan kek buah sahaja.. tetapi ada rendang dan n. himpit..

* Lepas ni nak cuba masak kuah kacang dan daging dendeng

Progress Sempena Lebaran

Langsir sliding door pintu masuk dan dining .. (belum pasang renda atas)
Langsir tingkap bilik (colourful kan? -pilihan Mr. Hubby)

Bilik berpantang yang 50% siap...


Aktiviti hujung minggu lepas. Tidak berjalan ke mana-mana... Dan sebenarnya berusaha membuat persiapan berdikit-dikit sempena lebaran.. Owh memenatkan... tetapi hasilnya agak memuaskan.. walaupun belum 100% ...
Disebabkan Yan sekarang tengah GILA kain cotton, haruslah langsir dan cadar juga cotton..

9/1/09

Berbuka Di Manhattan Fish Market

Orang yang kene belanja.... Tq Tq

Fish & Chips

Orang yang gumbira dibelanja...

Die ni makan ice cream je...

Flaming ape ntah name die.. Not bad...

Isnin Yan sekeluarga gatal-gatal nak kuar.. Itupun setelah bebrapa hari hanya dok rumah jer.. Bz ngemas rumah sikit-sikit.. Bila penat, tido... bila bangun, dah petang... tak sempat masak... Bila dah macam tu, beli McD makan lebih kurang, lepas solat Maghrib gerak ke Bukit Tinggi... Sebenarnya ade benda yang Yan cari... Ape benda tu? Tak sempat lagi snap gambarnya.. Nanti-nantilah kite update lagi.. Cerita pasal Manhattan Fish Market ni, saje je nak try .. Tak pernah makan kat sini pun.. Keputusannya, emmm... okay okay aje...

Juadah berbuka Jumaat lepas

Dalca Ibu Mertuaku
Ayam masak merah..

Pengat Pisang Ibu Mertuaku


Kailan Ikan Masin
Jumaat lepas, anak-anak Atuk diorg dah amik... Jadi, Yan bolela masak untuk juadah berbuka.. Tetiba tengah syok kat dapur, Pak Mertuaku datang bawa Pengat dan Kuah Dalca.. Alhamdulillah... rezeki... Macam tak caya.. Dalam satu hari Yan telah masak 4 lauk.. Kenapa 4? Sebab tengahri tu balik umah Mama sebab nak kene masakkan lauk Mama..Mama lum puasa lagi.. Kat umah Mama masak Asam pedas dan sayur kacang panjang... 2-2 Mr. Hubby tak makan.. Tu yang tak tapau je..
Yan bole masak sebenarnya.. Cuma masa dan tenaga je yang menghalang buat masa ini... Ni pun Mr. Hubby tolong.. kalau tak, tak larat gak..
Mr. Hubby dok puji je ape yang Yan masak... dan akhirnya die gak yang jawab balik..." it's all about time.."