12/28/09

Susu Ibu

Sekarang ni Yan tengah bersemangat bf Asyraf.. Dah anak 3 baru sedar ? Memang pun... Kesian kat anak-anak..
Kenapala Yan sia-siakan anugerah Allah ni selama ini..
Alhamdulillah Yan dah sedar dan nasib baik belum terlambat... harap-harap semangat Yan tak kan lemah sampai bila-bila.. Kalau u all pernah baca entry sebelum ni pasal jaundice Asyraf, sebenarnya Yan dah hampir putus asa.. tapi dalam masa yang sama Yan buat juga bekalan PSI.Macam mana Yan leh kembali bersemangat.. ? Lepas buat monthly check up., dan berat Asyraf meningkat seperti abang-abang die yang lain.. (yang menyusu campur) badan Asyraf pun dah mula berisi.. Muka die mula tembam..
Emm... Bahagianya tengok die membesar.. seronok sangat bila Mr. Hubby menyokong usaha Yan dengan bagi moral support... kata-kata yang membuatkan hati berbunga-bunga..
" mestilah Asyraf tembam.. Asyraf kan minum susu Mama.."
Oleh kerana itu , Yan akan sentiasa mencari info macam mana untuk mengekalkan jumlah bekalan PSI yang mencukupi .. setakat ni Yan minum susu Anmum Lacta, air longan + kurma kering , air horlicks selain minum air masak ...
Sekarang juga Yan dah ada satu kawan yng perlu dibawa setiap hari.. Kalau tak bawa, alamatnya mau meletup anugerah Allah ni..hehehe.. beg pump la.. Alhamdulillah.. masa bekerja hasil tenusu agak memberangsangkan.. tiap kali pump dapat 5oz.. okla tu kan...
Kalau keluar ke mana-mana, Yan akan bawa kawan yg satu ni.. Nusing Cover.. Asyraf ni, kalau die nak menyusu, tak kira tempat... Jadi supaya anugerah Allah tu terpelihara dari penglihatan orang ramai, Yan pakai nursing cover... Ini kalau tempat yang Yan pergi takde bilik penyusuan. Tapi kengkadang. tak sempat nak sampai ke bilik tu, Asyraf dah meraung.. so, kenela bagi kat tempat yang terdekat.. Kalau g shopping complex, tempat yang wajib pergi adalah bilik penyusuan.. samada untuk bf Asyraf or salin diapers anak-anak..
Tapi, kenapa ek orang tengok , ibu-ibu yg bf anak dikhalayak macam sesuatu yg menjengkelkan? Yan sebagai salah seorang ibu yang bf anak dikhalayak, kadangkala rasa terhina pulak.. Padahal sepatutnya ia adalah sesuatu yang patut dibanggakan...
So, apa kata kawan-kawan?

12/19/09

ish ish ish...Antara Hobimu dan Hobiku

My new bracelet, necklace & pendant (Adore design)

Golf set baru Mr. Hubby (dulu Mr. Hubby pakai set Bro Khir)


ish ish ish.... penangan YES MST Kelana Jaya.. dan Habib Jewel

BERBALOI BALOI

Justify Full

Asyraf 2 bulan









Cerita pasal budak ni... Asyraf dah 2 bulan .. dan seperti biasa ada check up bulanan.. sebelum tu, cerita pasal hasil spesimen urine dan darah yang dihantar sebulan lepas.. 15/12/2009 kami ada appointment ngan Pakar.. Dr. kata, jaundice Asyraf dah takde.. Ujian darah pun okay.. Tapi urine je ade infection sket.. Ada beberapa faktor yg memungkinkan hasil urine test.. Samada cara pengambilan urine (yang Yan buat) tak betul or mungkin Asyraf ada penyakit yang berkaitan..

So, untuk memastikan lagi result urine test, urine Asyraf perlu diambil lagi... tapi kali ni bukan Yan yang buat.. Tapi nurse yang akan buat.. Takpelah.. tak kisahlah kene datang lagi keesokan harinya..just untuk ambil urine Asyraf. Resultnya, akan dimaklumkan 2 minggu lagi.

Cerita pasal perkembangan Asyraf, berat terkini 4.7kg. Dan dah kene cucuk lagi. Asyraf tak berapa suka minum susu formula.. Yan dah try bagi FM, kengkadang die okay je minum, kengkadang die tak mau langsung lebih-lebih lagi bila Yan ada. Emmm prob gak ni... So, Yan dah mula pam dan buat bekalan PSI untuk Asyraf.. Dalam satu sesi, Yan tak dapat banyak.. paling banyak pun 4oz. Kenapa tak banyak?
Melalui pembacaan daripada laman bloggers lain, (yang mengamalkan susu ibu) memang susah nak dapat banyak time berpantang / cuti 60 hari ni.. Pasal baby selalu ada ngan kita (die menyusu secara langsung) Kalau dah keje nanti, kite kene pam ikut masa selalu kite bf die kat rumah (masa cuti). Tul tak kawan-kawan? Apepun kene tengok gak kebenarannya nanti...

Okay, selain drpd tu, Asyraf sangat kuat menangis.. mengada lebih ni... Asyraf juga telah menemani mama ke Jakel, Gulati's, Habib Jewel, Jusco, McD dan Melaka.. Asyraf sgt pendiam apabila telah puas menyusu.. tetapi apabila Asyraf lapar atau mengantuk, jgn harapla die nak duduk dlm stroller..
p/s : Bila hasil pam tak begitu memberangsangkan (hanya dapat 1-1.5 oz), Yan campurkan susu tu ngan susu formula Ammar... Hahaha.. die tak perasan pun..

My BFF Wedding



Zain & Acik (Linda)
Okay.. Dimulakan dengan cerita Sabtu lepas 12/12/2009 ... Yan menghadiri majlis yang pertama setelah tamat tempoh berpantang.. Owh.. jgn kata apa-apa tentang muka Yan yang bagai dipam-pam... Kata kakak urut, Yan terlebih tido... Emm.. apa apa ajela...
Cerita tentang pengantin, sebenarnya both of them kawan Yan masa sekolah rendah dulu.. Kalau kata kawan sekolah rendah, it means, kawan Mr. Hubby gak.. Diorg ni ikut jejak langkah Yan dan Mr. Hubby.. Kawin dengan rakan sekelas.. Dah jauh merantau, belajar dan bekerja akhirnya rupa-rupanya jodoh didepan mata... Itulah ketentuan Allah.. nak kata apa kan...
Okay.. Yan g ngan Mr. Hubby dan Ammar sahaja... Disebabkan rumah MIL pun dekat dengan wedding place, MyMIL offer untuk jaga Asyraf.. So, setelah dibekalkan susu, Yan pun g la majlis ni... Kojap jo... 1 jam... Imran? Dio tak nak tinggal adik baby.. takut orang bawak lari.. padahal dah siap siap pakai sedondon ngan kitorang.. Sayang betul die kat adik baby..
Kengkadang my kakak saje menyakat die nak amik Ammar.. die bole kata " amikla.. abang ada adik satu lagi.." tak heran dah ngan Ammar.. Sabo jela.. Tapi sebenarnya Ammar dan Imran sentiasa meRINDUi antara satu sama lain.. sebab, kalau salah sorang takde, mulala yang sorang lagi tanya.. Urgh.. kecik-kecik dah pandai tunjuk EGO...


12/3/09

Hadiah Asyraf

Latest picture of Asyraf
Surat daripada Pn. Normi...

From Pn. Normi - thanks Normi, susah2 je pos kan...

From bakal pengantin Zain & Acik

From Abg Een(my abang) dan Abg. Mali (my sepupu)
From En. Azhar (Bos Mr. Hubby)
From Kak Yati (Mak Ngah Asyraf aka sister of Mr. Hubby)
From bff Mr. Hubby (Aidzeel) Ni dah dirasmikan oleh abang-abang Asyraf

best breast pump ni... Yan dah guna untuk wat bekalan masa dah keje nanti...

Alhamdulillah Asyraf nampaknya dah sihat dari jaundicenya.. Namun Yan masih beri air perahan sengkuang cina.. Asyraf akan ada appointment dengan Pakar pada 15/12 nanti.. Berdebar tunggu resultnya...harap-harap sekadar prolonged jaundice...

Alhamdulillah.. banyak buah tangan yang Yan sekeluarga terima sempena kelahiran Asyraf... Tak kurang juga yang 'menyumbang' ... Sekadar untuk berkongsi kegembiraan.. ada yang dah Yan guna dan ade lagi yang masih dalam bungkusan...
Thanks kepada semua rakan yang datang melawat kami... dan tak lupa juga yang sanggup mengirim hadiah tanda ingatan dari jauh... Terima kasih daun keladi, lain kali bolela bagi lagi? Hehehe...









12/1/09

Tamat sudah 44hari..

Tamat sudah 44 hari berpantang.. sekarang tengah menyediakan mental dan fizikal untuk mula berkerja setelah 60 hari bercuti ... Bos Yan dah call dah.. dok tanya bila mula keje balik.. hish.. buat orang malas je nak g keje... mesti keje Yan dah berlonggok kat simpanan die.. takpun adela tu keje yang nak Yan gak buat.. hish.. kawan2 office dah tau dah pesen bos yg satu ni.. REDHA je la..

11/26/09

Selamat Hari Raya Aidiladha

Yan dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua... Emm tahun ni Yan wat aqiqah untuk 3 anak Yan dan korban untuk diri Yan sendiri.. Alhamdulillah.. ada rezeki lebih nanti Yan akan adakan kenduri cukur jambul dan kesyukuran untuk Asyraf... InsyaAllah...

Perihal Asyraf dan Jaundice
















Selasa lepas, adalah appointment Asyraf untuk amik darah dan hantar urine sample.. Asyraf sekarang telah diklasifikasikan Prolonged Jaundice.. dah 1 bulan pun masih kuning lagi... so, sebelum jumpa pakar, kene wat sample darah dan urine.. bagi memastikan masalh sebenar Asyraf.. Yan sekarang hanya berdoa supaya Asyraf cuma prlonged jaundice dan tiada sebarang penyakit lain seperti hati, jantung atau organ dalam yg lain...





Anyway 18/11/2009 lepas Asyraf dah 1 bulan... berat die pun dah meningkat 3.6kg.. Alhamdulillah.. Yan masih breastfeed Asyraf...





Emm... kalau orang tanya, kenapa bole sampai lama sangat die kene kuning? Yan dah tak tau nak jawab ape.. sebab dah letih.. Yan dah usaha macam-macam.. semua petua Yan dah buat.. thanks pada kawan-kawan yg menyumbang idea.. Cuma 1 je yang Yan tak berani bagi kat Asyraf... Susu kambing... Yan dah dengar macam-macam cerita pasal baby yg minum susu kambing.. Ada yg meninggal.. Ada yg kuningnya jadi lebih teruk... So, Yan rela, Yan yg minum susu kambing... (sekali je pun) tak tahan beb.. nak terkeluar isik perut.. sehari tu sendawa dan terbau diri tu bau kambing... Hahahha... Apela Yan ni kan...





Dan terbaru , bila Yan bawa Asyraf jumpa hemeopati , rupanya dah banyak kes prolonged sekarang.. salah satu sebabnya darah bayi tak sesuai dengan susu ibu? betul ke? Bila cerita ngan kak yg urut Yan, die pun kata ade kes macam ni dulu.. dh lama.. Ada sesiapa yg bole bagi pendapat tentang ini?





Bila dengar pasal susu ibu tak sesuai dengan bayi, Yan yang dah berazam nak bf Asyraf jadik confuse..

Kunjungan 2 aweks

Yasmin ... baby of Ary... Nangis nak susu...
Sara, baby of Rina.. Maintain cool

Asyraf.. apasl warna ko kontra sgt wahai anakku?


Ahad lepas..Yan sekeluarga di kunjungi 2 ibu baru dengan baby masing-masing.. yang dah berusia 2 bulan.. dan yg bestnye semuanya baby GIRL .. dah tembam dah anak-anak diorg.. Thanks Ary dan Rina..




11/16/09

Perihal anak-anak

Emmm.. anak-anak Yan demam la.. Ammar demam + selsema + batuk.. Imran lak demam + batuk.. Ammar tu senang gak mkn ubat... Imran plak payah benar memujuknya makan ubat. Sekarang ni modal Yan nak Imran makan ubat adalah menyebut nama salah seorang aweks kat taska tu.. Ha.. cepat je die telan ubat.. Gatai anak aku ni...
Asyraf pulak.. masih lagi ada kuning nya.. dah la Rabu ni ade monthly check up kat klinik..

11/12/09

Baru 25 hari..

Baru 25 hari , Yan dah tak senang duduk... mula la fikir nak buat itu ini.. Ye.. Yan seorg yang tak boleh duduk diam2 dalam waktu yang lama. 40 /44 hari tu angka yang banyak.. sebenarnya Yan takde pun duduk aje tak buat pape..
Hari ke 6 Yan dah mandikan Asyraf. Ntah hari keberapa Yan dah mula masak lauk sendiri. masak nasik, lagi awal.. sidai baju, basuh baju (pakai mesin ) bukan tunjuk kuat... tapi kesian kat Mr. Hubby.. terkejar-kejar nak buat semua. Masa awal-awal (masa Mr. Hubby masih dalam cuti 7 hari) tu okayla nk harap kat die.. bila dah mula keje, Yan buat la sikit-sikit..
Sekarang ni dok memikir nak ngemas almari baju tu.. Yela.. nak simpan baju2 preggy semua masuk kotak balik.. Nanti dah nak keje baru nak terhegeh-hegeh mengemas, mesti penat.. Tapi, tu la.. Asyraf ni suka sangat nak berkepit.. nak wat keje pun selalu cepat-cepat mane sempat...
Pastu kengkadang tekak teringin nak makan kek coklat.. bila beli brownies kat SR, tak menepati citarasa lak.. Kukus tu dah melambai je .. tepung2 tu pun dah mengetuk-ngetuk dari dalam almari.. argh.. kalau bagitau kat Mr. Hubby, mesti die dok geleng je..
Tapi Yan tau, Mr. Hubby dah mula rindu ikan bilis goreng kicap ngan cili Yan..
Baru 25 hari tak tido dengan Ammar, die pun dah tau rindu.. dan selalu menceroboh bilik Yan dan tido sekatil ngan Yan dan Asyraf...
Baru 25 hari, Yan dah rasa tak senang hati tengok bilik air tak berberus.. (2 minggu sekali helper basuh)
Baru 25 hari, Yan dah tak senang duduk mengadap tv dan curi-curi keluar ke pekan.. (with Mr. Hubby)
Baru 25 hari, Yan dah rasa macam dalam bulan puasa.. pasal tak bole makan itu ini..
Tapi...

11/7/09

Petua Menyusu Badan

Kawan-kawan yang mengamalkan BF baby... tolong kongsi petua pemakanan (apa yg boleh dan tidak boleh) Yan makan supaya Asyraf tak sakit perut (kembung) .. Setakat ni Asyraf takdela nangis2 macam abang2 die dulu... Tapi die dok bergayut je mlm2 ... Yan pun tak pasti die tido ke, tak tido.. tapi bila Yan tersedar, mesti sebab die berbunyikla kan.. kalau die diam, alamat Mama die ni pun lena je... Tolong bagi petua yang Yan bole cuba ikut...

11/3/09

Perihal Asyraf

Emmm ... dah lama tak update.. dah bersawang dah blog ni... Ni pun curik masa untuk update sementara Asyraf tido.. Ops lupa, sebelum ni Yan tak bagitau nama anak ketiga Yan kan.. Okay, Nama die Muhammad Asyraf Hakim.
Last week , Yan dan Asyraf admitted kat HTAR pasal demam kuning Asyraf tinggi sangat.. Lagi sikit je nak kene tukar darah..Rabu lepas Yan bawak Asyraf g check darah kat KKTD.. Bila bacaannya dah cecah 350 berbanding Isnin yg lepas 213... Tak tau la kenapa bole naik banyak sangat.. Dr. suruh kami bawak ke Hospital Banting.. Dan di HB ade check darah lagi.. Kesian si kenit tu.. dah la kecik, kene amik darah lagi... confirm kami kene admit kat HTAR. Siap naik ambulans lagi... Macam macam pengalaman kami lalui setelah kelahiran Asyraf ni...
Kalau org tanya, ape rasa naik ambulans? Bagi Yan, kalau kita sihat naik ambulan memang best je.. Tapi kalau dah terbaring kat belakang tue, mesti langsung tak best... Rasa tambah sakit kot..
Sampai je kat HTAR. terus ke wad 6C.. aduh sibuk gila wad tu... Mane baby baru masuk lagi, mane yang dah bole balik, Yan hanya mampu terduduk je.. letih mata...
Disebabkan bacaannya terlalu tinggi, Asyraf kene duduk bawah jagaan Intensif.. Lampu atas dan bawah.. setiap 4 jam dr. amik darah die.. Yan plak, 2 jam sekali kene breastfeed baby.. Kalau tengok keadaan die, boleh menangis... Kesian sangat.. Tapi kenela tahan.. untuk kebaikan die gak.. kalau tak, buang masa je kan.. dah memang tujuannya kene dok bawah lampu pun..
Setelah ntah berapa kali kene amik darah, daripada intensif, diturunkan ke double foto...
dan hari kedua, sebelah petang , baby dah boleh tido ngan Yan... tapi masih bawah double foto.. Masa ni lagila sedih.. lepas susukan die, kene letak kat bawah lampu bogel plak tu.. dah la die kurus.. Yan ble nampak die kesejukan.. tapi nak buat mcmmana.. kene gak biar..
Hari ketiga, Asyraf semakin baik.. Bacaannya dah lepas tahap bahaya.. dan dibenarkan keluar..
Sehingga hari ni, Yan masih berhenti makan jamu.. Dan teruskan bagi die minum anggur hijau dan masih lagi tido berlampu.. tak tau sampai bila.. sampai 1 bulan kot.. Yan tengok Asyraf macam dah baik.. tapi takpelah.. ape orang nak kata, katala.. Yan hanya akan makan jamu lepas confident Asyraf dah betul2 baik...
Mesti ada yang tertanyakan berapa berat badan Yan sekarang? Hahhaa.. Sebelum bersalin, 58kg lepas bersalin 53kg.. sekarang, tak timbang lagi.. Mr. Hubby kata, Yan dah kurus sangat .. Kakak yang urut lak kata, peha Yan kecik sangat... Bayangkanlah.. Eeee tak sabar nak try pakai baju-baju kebaya Yan..
Minggu ni Yan berkampung kat umah Mapa. Sebab Mr. Hubby exam PTK . Awal pagi dah nak kene g Putrajaya... So, mintak tolong Papa hantar abang 2 orang tu g Taska..

10/22/09

Memperkenalkan .... My Third Baby..

Nama: Tak muktamad lagi..
Tarikh lahir : 18/ 10/ 2009
Waktu lahir : 11:23pg
Berat lahir : 2.6kg
Tempat lahir : Metro Maternity Banting

Okay.. ini namanya short update.. utk rakan-rakan yang tertanya kenapa Yan lama tak update ... Alhamdulillah.. Yan telah selamat melahirkan Baby Boy lagi.. Sekarang Yan berpantang dirumah sendiri.. dengan bantuan Mr. Hubby dan Mama dan Mak..

Tapi, sekarang ni, My Baby dimasukkan ke Metro balik sebab kene kuning.. Emm sedih sebenarnya.. semalam bila nurse yang datang buat inspection kata kene g klinik wat test darah, Yan dah rasa down dah.. Tapi wat jugakla.. Yela.. nak wat cemana kan... Bila dah g tu, wat test, memang ada .. dah dr. suruh g hospital plak.. pastu nak wat test lagi... bukan terus admit ward pun.. so, setelah Yan dan Mr. Hubby bincang2 dan dapatkan maklumat dengan metro dan kawan Yan yang ade pengalaman anak kuning, kitorg pun decide nak hantar Baby g Metro .. Takpelah.. kene bayar pun.. Janji anak Yan dapat rawatan segera..
Lagipun bila kene kuning ni rawatannye adalah duduk bawak lampu..
Jadi, lepas hantar baby ke metro, Yan pun balik.. Walaupun baru beberapa hari bersama baby, tapi bila malam tadi, Yan rasa sedih sangat.. rasa macam kosong je.. Ye la.. selalu ade je yang nak ditengok, di ulit... Lebih2 lagi Yan kene bengkak susu pulak.. sakitnya , jgn cakapla.. nak peluk2 Ammar pun tak berani.. die kan lasak.. Yan pun tido je la..
Dalam diam, Yan nangis teringat baby.. Mr. Hubby tanya, nak tengok baby ke? Yan fikir-fikir balik, tak payahlah..nanti Yan dok nangis lebih2 lak.. biarlah die dok bawah lampu tu.. bukan die ke mana pun.. ni pun Yan tengah tunggu Metro bagitau result test untuk hari ni.. Kalau baby dah okay, bolela amik bawak balik..
Okay, itu dulu update setakat ni.. kalau ada free lagi, Yan update .. Owh mungkin bila dah daftar nama baby nanti..

10/13/09

Check up 37 weeks - last check up?

Esok Yan ada check up lagi.. Mengikut kebiasaan, bila dah pregnant 36 minggu ke atas dan yg dah mula raa sakit sikit macam Yan, dr. akan buat pemeriksaan bukaan. Kengkadang tanpa disangka kita rupanya dah ada bukaan 2 cm.. Bila dah ada bukaan, sudah tentu kene tahan punya.. Tapi Yan tak kisah, kalau kene tahan kat Metro.. Tapi kalau kene tahan kat Hospital? Oh tidak... Yan tak sanggup menghadapi situasi itu lagi...
Emm.. bukan nak kutuk or ape la.. mungkin Yan tak biasa berkongsi tempat dengan ramai orang yang ntah pape perangai dan penyakit.. Jadi, kalau orang sebelah tu dok termenung, kita pun naik seriau.. ade pulak yang tak habis-habis sendawa keluarkan angin.. ade pulak yang kehulu ke hilir.. sangat mengganggu minda.. Okay, Yan memang poyo sket tentang hal ni.. Tapi itu pengalaman Yan semasa menunggu bukaan bagi kelahiran anak pertama (Imran)..
Masa Ammar pulak, memang Yan tak kene tunggu lama.. terus je masuk labour room.. Tukar-tukar baju dah kene baring kat atas katil tu tunggu masa yg sesuai untuk meneran..
Tak taula apa pula pengalaman yang bakal Yan tempuhi untuk kelahiran ke 3 ni.. Cuma yang istimewa kali ini, harapan Yan untuk ditemani Mr. Hubby hampir tercapai.. Itu salah satu sebab mengapa Yan pilih untuk bersalin di private..
Kenapa Yan kata HAMPIR? Ye la.. 2 tahun lepas pun masa nak lahirkan Ammar, Yan punya impian yang sama.. Tapi dah ditakdirkan Mr. Hubby tak sempat sampai masa Yan dok bertarung disebabkan terperangkap dalam kesesakan lalulintas.. Nak buat cemana kan... Yang menemani Yan masa dalam kesakitan hanya Mama... Tu pun sampai dah nampak kepala baby je.. pastu dr. mintak keluar.. pasal suami je yg boleh teman... Nangis Yan masa tu.. Dah la sakit.. sorang-sorang pulak.. Namun, alhamdulillah.. selamat gak melahirkan budak masam tu..
Agak-agaknya Yan dah ble bersalin ke esok?
* 2 tahun lepas Mr. Hubby perlu berkursus selama 6 bulan dan hanya balik pada hujung minggu bila tiada aktiviti.

10/12/09

Contraction Part 1...

Nak cerita sket... Sebenarnya semalam malam Yan dah mula sakit / kontraksi.. tapi , tak berapa kuat sangat lagi... Mr. Hubby dah mula resah gelisah... biasalah.. die kan suka buat sesuatu dengan perancangan.. kalau Yan dah mula muka cemek-cemek kesakitan tu die pun dah fikir macam macam.. Kesian pulak.. Tapi Yan nak kasi die relax sket, Yan bagitaula.. Ni sakit tipu-tipu je.. lum nak bersalin lagi.. Nanti kalau dah keluar tanda-tanda macam cecair / lendir / darah baru la boleh g klinik dan urus ape yg patut.. Emm.. sakit tu sentiasa berterusan.. tapi Yan masih boleh tidur lagi.. Yang kelakarnya, pagi tadi, Yan kejut Mr. Hubby untuk g keje... Die punya bangun.. macam orang terkejut, Yan pun terkejut tengok... Hahaha... Geli hati pulak.. Macam nak bersalin anak pertama... Relax Pa, masanya akan tiba...

Emm.. pagi ni hingga sekarang, adela sekali sekala baby mengeras dan rasa menegang.. Anyway, for this time (dah no. 3 kan..) Yan rasa, Yan perlu lebih relax.. tak payah kelam kabut. Sebab dah tau dah sakitnya macam mana.. Kalau Ammar dulu, Yan boleh tak perasan yang Yan ni dah mula kontraksi.. tapi kali ni, Yan dah tau dah.. Yan sempat siapkan minit mesyuarat yg baru je minggu lepas meetingnya.. dan kalau petang ni Yan lum keluar tanda lagi, Yan nak siapkan dokumen-dokumen yang lain..

Sebenarnya tak berapa suka kawan-kawan pejabat rasa terbeban dengan kerja-kerja Yan yang tinggal... Tu yang sebolehnya Yan cuba buat mana yang sempat... harap-harap kepada kawan yang terpaksa tanggung tugas Yan nanti, tak rasa susah dan marah ye...

10/8/09

Menghitung Hari

Yan sekarang boleh dikatakan menunggu hari.. Last Monday g wat scan 4D.. Untuk tahu kedudukan baby.. Kedudukan uri dan last sekali jantina baby.. Alhamdulillah.. Kedudukan kepala baby dibahagian bawah.. dah masuk tulang pelvis .. Dah engage.. Masa scan, my baby tengah bermuka masam.. mirip wajah Ammar.. berat jangkaan, 2.8kg.. dan dijangka tak lebih 3.0kg.. berpadananlah dengan berat Yan yg tak naik banyak.. sekarang ni cuma 56 -58 kg.. tak sampai 60kg.. Dan jantina baby? It's a BOY again.. Bak kata dr. Terserlah kelelakiannya... Tetapi, nak confirm, tunggula baby keluar kan.. Manelah tau... Semuanya terletak pada ketentuan Allah.. Yan pun redha je la.. Kalau lelaki, cukuplah 4 lelaki terdekat dalam hidup Yan untuk memegang / mengangkat 4 bucu usungan keranda Yan nanti.. Kalau perempuan, bolela Yan wat teman pilih pilih kain nanti... InsyaAllah...
Barang-barang baby pun dah siap sedia dalam beg.. termasuk brg Yan..
Kabinet baju budak-budak ni pun dah siap pasang dan berkemas...
Kerja-kerja major kat pejabat pun Yan dah siapkan.. dan dah letak kat dekstop supaya bos senang nak akses..
Cuma sedang menunggu hari nye je lagi..Mintak semua mendoakan Yan dan baby selamat..InsyaAllah Yan akan cuba sentiasa update dari masa ke semasa... Jumpa lagi ya..

10/5/09

Koleksi kain Cotton & Viscose

Kain-kain ni nak buat baju kurung ...Semua kain ni (kecuali 3 dari kanan) kene rendam dulu sebelum potong..

Untuk merapatkan struktur jalinan / ikatan kain (jenis viscose, cotton dan kasarubiah)

Ini kain ela untuk baju melayu Mr. Hubby dan anak-anak.. ( cotton s.b line)
Mr. Hubby punya pilihan untuk raya tahun depan.. Mr. Hubby seorang yang sangat-sangat memilih dalam bab pakaian.. Apasal awal sangat pilih tema? Memang kebiasaan .. kami akan siapkan baju-baju raya tahun depan sebelum raya haji.. lagipun, anak-anak Yan cepat membesar.. Mesti raya haji nanti diorg dah tak muat pakai baju raya tahun ni... Sebenarnya Mr. Hubby ada satu lagi kain untuk baju melayu.. s.b. line ungu (bos Mr. Hubby bagi).. tu lum carik yang sedondon dengan anak-anak..
Nasiblah pekerjaan Mr. Hubby ni memang selalu gak pakai baju kebangsaan ni full set.. Jadik, takdelah istilah membazir buat baju melayu banyak-banyak.. Begitu juga baju batik.. Apa saja warna baju batik Yan, mesti Mr. Hubby ada yang sama. Harus sedondon gitu..
Hahahaha.. Kami sebenarnya ada sikap yang sama kan? Sikap apa tu?




Gambar-gambar Produk Pilihan

Gel Sireh Emas
Set Lengkap 12 minggu - 44 hari pantang
Bengkung Moden
Breast Pump.. (Azam baru anak ketiga)
Confine Mum Set A (Leesa Formula)

10/2/09

Produk pilihan

Kita cerita pasal produk yang Yan akan guna sepanjang berpantang nanti.. Saje nak cuba Leesa.. sebab Yan dah dapatkan feed back daripada kawan-kawan yang breastfeed anak-anak diorg, Leesa formula ni takde bagi effect pada baby.. Kalau dulu, Yan makan Mustika Ratu.. Apapun keberkesanan sesuatu produk bergantung pada penggunanya juga.. Cuma harapan Yan, semuanya akan baik-baik sahaja..
Tak ketinggalan juga disamping Leesa, Yan sebenarnya ambil Salindah.. sejak minggu ke 12 lagi.. dan akan terus juga mengambilnya sehingga habis pantang.. (Yan memang amik full set) Semua anak-anak Yan, Yan memang makan Salindah... Sorry, gambar takde .. tapi korang sume pun tau macam mane rupanya kan.. ubatnye manis je.. kemam dan telan.. cuma lepas bersalin die ade tonik.. (cecair) tapi pun takdela teruk rasanya.. okay je..
Selain daripada jamu-jamu tu.. untuk luka jahitan, Yan amalkan lepas buang air, keringkan, dan tekap pula dengan air garam (guna kapas) pastu sapu pulak dengan jel gamat.. insyaAllah.. dalam 1 minggu jahitan dah bercantum..
Untuk bengkung, sebelum-sebelum ni Yan sapu perut dengan Minyak Herbanika (Nona Roguy) pastu baru lilit bengkung.. Tapi , kali ni Yan nak cuba produk baru yang lebih mudah iaitu gel sireh dan bengkung moden.. Yan dapatkan produk ni melalui online... belum sampai lagi.. Nanti kalau dah sampai, Yan upload gambarnya ye.. Okay.. Rasanya setakat tu je dulu update untuk produk pilihan Yan semasa mengandung dan berpantang...

Tentang Yan

Bukan ade cerita ape sangat pun... tu yang lama menyepi.. cuma sekarang Yan dah mula malas.. Malas masak.. Kesian Mr. Hubby.. sampai kengkadang tak tau dah nak makan apa untuk dinner.. nak makan kat kedai, dah bosan.. kengkadang wat n. goreng pun jadi.. Bahan ada, tapi rasa berat dah.. tak larat..
Sekarang ni , tengah buat persediaan nak bersalin .. Paling risau, baju-baju baby yang lama kat dalam bekas tu belum lagi Yan bilas.. Baju baru adela sikit je pun beli.. Sebenarnya tak kotor pun.. Tapi .. biasalah kan..pastu baby cot pun lum bersihkan.. almari baju budak-budak yang Yan beli pun belum pasang lagi.. Adoi.. haru kalau Yan tetiba bersalin awal... wat masa ni..(semalam) perut Yan dah mula mengeras dan sakit.. (org panggil false contraction) tido malam pun tak berapa lena.. Baby aktif kalau Yan dok diam..
Yan dan Mr. Hubby rasa our baby kali ni nak keluar awal.. maybe minggu depan or 2 minggu lagi.. Yan pun macam tak larat dah membawak perut.. Bukan besar sangat pun perut Yan.. Berat Yan yang terkini pun tak sampai 60kg.. Tak taulah.. Maybe pasal puasa, berat badan Yan menurun balik.. sekarang dah raya, tak selera makan sangat pulak... Masa awal raya haritu lagila.. Tak bole makan nasik.. Rasa perut tu berangin dan tak sedap je.. Sekarang ni pun macam tak berselera.. Rasanya elok Yan puasa je kan.. Tapi takut takde tenaga plak kalau tetiba nak bersalin.. Uish.. sabar sabar..
Weekend ni banyak dah jemputan open house.. ntah cemana nak manage .. Yan serah je pada Mr. Hubby.. Yan tak kuasa nak fikir.. Ikut je..
* Kengkadang Yan termenung... tak tau nak wat ape dulu.... Apela...

9/25/09

Gelak Tawa...




Seronok melihat Dia tertawa lagi....

Tahniah di atas kelahiran puteri dan putera ...

Kepada rakan-rakan yang mengenali Nur Hazree Surian, beliau telah selamat melahirkan seorang Baby Girl pada 22.09.2009 pukul 3:30ptg ... Sekarang sedang berpantang di rumah keluarganya di TELOK PANGLIMA GARANG, BANTING.. (Yan pun lum dapat melawat lagi..)
Juga Zora Farhan , beliau juga telah selamat melahirkan Baby Girl (Qaisara) pada 16.09.2009 dan difahamkan juga sedang berpantang dirumah keluarganya di IJOK, KUALA SELANGOR..
Dan seorang lagi rakan Yan, Rina yang telah selamat melahirkan Baby Girl juga (Kasih Kaisara- sorry kalau salah eja) pada 18.09.2009 dan sedang berpantang di rumah mertua nya (yang juga makcik aku) di KANCHONG DARAT, BANTING
Tak lupa juga ALONG .. ROSNIZAWATI ROSLAN yang telah selamat melahirkan Baby Boy (Adam) pada 08.09.2009 ...
*Ha.. Yan bila lagi? Tunggu... Berdebar lak rasanya.. Erk... Apasal semua Ex-BG5 melahirkan puteri pada tahun ni? agak-agaknya Yan termasuk tak?

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ... Maafkan segala keterlanjuran kata dan tingkah laku sekiranya ada selama kita berhubung dan berutus khabar berita di alam SIBER ini...

9/15/09

Celebrate Birthday Ammar





Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish Ammar ... Semalam kami celebrate birthday Ammar secara sederhana di rumah MaPa.. Makan yang biasa-biasa sahaja.. Cuma beli KFC bucket dan Kek Butter Longan.. Kenapa kek Butter Longan? Sebab selalu sangat beli kek yang ade unsur coklat.. Orang veteran tak minat makan coklat sangat.. Dan yang penting, decoration kek tu, ade buah kesukaan Ammar.. Buah kiwi..Mamat ni memang suka makan buah.. Beza sangat ngan Imran..
* Tapi, kenapa kalau tengok gambar-gambar kat atas tu, dah macam birthday Imran lak.. Superman ni suka curi perhatian orang tau... Kesian Ammar..

Tiada Kejayaan Tanpa Kegagalan




Tiada Kejayaan Tanpa Kegagalan.. Gagal sekali tak bererti kita harus gagal lagi...
Apasal Yan bermadah-madah lak ni? Hehehe.. Ni sebenarnya kata-kata motivasi diri sendiri.. Ye la.. semenjak 2 menjak ni kan Yan sibuk belajar menjahit.. daripada 10% jer ilmu tu, lama-lama Yan dah tau macam mana nak selesaikan masalah.. Tapi belum 99%.. baru berjaya boleh kata .. 75%.. Contohnya, dalam menyiapkan baju Kedah tu, Yan telah melakukan 2 kali kesilapan masa nak membentuk bahagian leher... Kesilapan disedari setelah tiba langkah mengelim / mengemas kan lipatan... Tak faham? Cuba tengok bahagian leher baju (biru dan kuning) tu betul2.. dan bezakan dengan hasil yang sepatutnya.. (pink).. Yan tak nak lah hanya tunjuk yang cantik-cantik dan berjaya sahaja... Tapi Yan pun nak kongsi kesilapan-kesilapan yang Yan dah buat..


Setelah beberapa minggu belajar menjahit, bahagian paling susah dalam pembuatan pakaian adalah leher.. silap sikit, herot berot ke laut la jawabnya...

*Teringat kisah Kakak Ipar yang dulu belajar menjahit baju kurung.. Boleh terpotong / jadi 2 lubang leher... Macam mane tu? Alamat ke tong sampahla jawabnya...

Cerita pasal tong sampah, pagi tadi, 6 biji muffin telah masuk ke tong sampah.. Gara-gara silap guna function.. Selalu, kalau Yan bakar muffin or kek, Yan akan guna api atas dan bawah.. barula masak elok (tak hangus) Tapi tadi, Yan guna api atas je.. Bila keluarkan, bahagian dalam tak masak lagi... So, bijakla kononnya.. Bakar lagi guna api bawah saje.. Emm.. tetiba bau hangit .. siap berasap lagi.. Nasib baik tak rentung... Nasib la ada lagi balance adunan untuk buat 6 lagi muffin.. Saje..Bawak bekal untuk anak-anak....
Akhir kata, tumpuan dan konsentrasi perlu dalam melakukan sebarang kerja ... tak kiralah kita dah pernah buat sesuatu perkara tu banyak kali pun, ada kalanya, akan berlaku kesilapan...

9/14/09

2 tahun lah..


Selamat Hari Lahir Ke 2 Muhammad Ammar Mirza..
Semoga Ammar dikurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat dari Allah dan
jadilah anak yang soleh bagi mengirim bekalan Mama dan Papa kelak..

Saya mengaku, saya lalai

Keasyikan terhadap Hobi Baru telah membuatkan saya tertinggal / terlupa benda-benda penting sempena lebaran ... Namun bila telah tersedar, semuanya sudah terlambat... dan saya rasa bersalah...
satu perkara penting yang mesti ada adalah TART NENAS... Ini kuih kegemaran Mr. Hubby...
Sorry Yang....

9/9/09

Juadah berbuka semalam

Watermelon Juice
telur dadar yang dah kene cilok oleh Ammar

Kailan ikan masin

Udang goreng tepung- wishlist Mr. Hubby
Emm... Ni je yang sempat disediakan semalam.. Mr. Hubby balik lewat sebab ada meeting kat SUK.. Ntah pape la meeting buat petang. Kan bagus buat pagi, takdela yang dari daerah jauh tu tergesa-gesa nak balik berbuka ngan anak isteri.. Dah lah tu kalau jem teruk lagila haru.. kene berbuka tengah jalan.. Apela... Dan kesian kat Yan ni.. tertunggang tonggeng bersilat kat dapur tu.. Walaupun juadah tu tak susah mane nak sediakan, tapi budak 2 orang tu suka bikin hati jadi panas.. Kalau di biar berdua, ade aje benda nak dibuat.. Sepahkan biskutla, tolak-tolak la.. Aduh hiruk piruk dibuatnya.. Tu belum kejap-kejap datang dapur mintak susula, milo la.. Penat woooo.... Tapi, alhamdulillah Yan sempat gak siapkan semuanya sebelum waktu berbuka.. dan Mr. Hubby sempat sampai sebelum azan untuk melayan anak-anak...
Bukan tak nak beli je kat PaRam, tapi bayangkanlah Yan nak mengheret 2 budak tu g PaRam? Hish, tak dapat bayangkan.. Emmm... hari ni Mr. Hubby ada meeting lagi kat SUK.. Petang gak... Argh.. Apa nak masak ni?